in

“Tengku Amalin tu tgk muko pon meme iras doh” – Sebar Fitnah Adinda Sultan Kelantan Anak Angkat, Tengku Amalin A’ishah Buat Laporan Polis

Tengku Amalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas hangat menjadi perbualan netizen akibat isu penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana Gorbatenko, kerabat diraja Kelantan sekali lagi menjadi ‘target’ netizen apabila Tengku Amalin A’ishah Putri pula dikatakan terpalit dengan satu fitnah dahsyat.

Bagi yang tak tahu, Tengku Amalin A’ishah ni merupakan adinda bagi Sultan Kelantan.


9183055236 058D239523 O
sumber: blog

 

Netizen tuduh Tengku Amalin bukan puteri bongsu Sultan Ismail Petra? 

Menurut Astro AWANI, Tengku Amalin semalam telah membuat laporan polis berkaitan satu fitnah yang dimuat naik di Facebook yang menuduhnya merupakan anak angkat kepada Sultan Ismail Petra (Sultan Ismail Petra ialah ayahanda kepada Sultan Kelantan sekarang). Whaaat?!

71568736735 Reportadindakelantan
sumber: astro awani

Fitnah yang tersebar di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 telah mengatakan bahawa adinda Sultan Kelantan tu bukan puteri bongsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Lagi pelik, individu terbabit juga siap cakap pasangan diraja itu hanya mempunyai 3 orang putera sahaja. 

Bodoh Mung

 

70936392 2649271678438037 8096406544331046912 N
sumber: facebook

Adinda Sultan Kelantan buat laporan polis, fitnah bertujuan memalukan 

Susulan daripada posting tersebut yang dianggap cuba memalukan Tengku Amalin, sepupu baginda, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz bersama peguamnya, Majidah Muhamad telah membuat satu laporan polis di IPD Kota Bharu pada 11.58 pagi semalam.

Menurut Majidah yang mewakili Tengku Amalin yang juga digelar Tengku Maharani Putri Kelantan, laporan polis tu dilakukan bertujuan supaya fitnah berkenaan dihentikan dan siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis.

26183570 731432993729623 3820700497321394176 N
sumber: pikdo

“Daripada laman grup IRDK Version 0.2 itu ada dua individu yang membuat kenyataan iaitu pengguna Facebook bernama ‘Shaiful Afzan’ dan ‘Mekllis Nor Liss’.

“Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah mengatakan puteri bongsu itu hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung.

“Kami berharap siasatan lanjut dilakukan terhadap dua individu berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas menimbulkan fitnah,” katanya lagi.

Harap-harap netizen kat luar sana berhentilah daripada mengeluarkan kata-kata fitnah macam ni. Sudahlah Tengku Amalin ni baik orangnya. Bersopan santun je min tengok. 

Baca: “Dah gila ke dia ni?” – Rihana Petra Makin ‘Menjadi-jadi’, Kini Mahu Bertemu Bonda Sultan Kelantan Pulak?

Rrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.