Malang tidak berbau… Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun semalan telah maut akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Wa, Dungun.
Menurut Astro AWANI, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam, mangsa, Mu’tahal Assalami, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain selepas dirempuh sebuah kereta.
Semasa kejadian, mangsa yang bersama keluarga telah berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam.
Bapanya, Assalami Ahmad, 61, memberitahu, dia bersama isteri dan tujuh orang anak baru saja sampai di restoran berkenaan dari kediaman mereka di Kampung Jerangau.
Namun ketika dia sedang memerika suhu badan, pegangan tangannya terhadap anak tiba-tiba terlepas menyebabkan budak berusia 3 tahun itu terus berlari ke tengah jalan.
Tidak semena-mena pada ketika itu juga sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita melalui jalan berkenaan tidak sempat mengelak dan melanggar kanak-kanak berkenaan. Allahu…
Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat.
“Kereta itu laju, kemudian melanggar anak, dia terpelanting. Saya angkat (tubuhnya) dan lihat anak sudah tiada,” kata Assalami.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah telah mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.
Semoga keluarga ini bertabah dengan pemergiaan anak yang disayangi.