Siapa je yang tak seronok bila ada orang nak bagi surprise kan? Lebih-lebih lagi kalau yang nak bagi surprise tu keluarga ke, kawan baik ke atau pasangan, lagilah berbunga-bunga hati.
Pun begitu, lain pula ceritanya bagi seorang wanita ini selepas surprise yang diberikan teman lelakinya bukanlah seperti yang disangka kerana lelaki itu telah ‘menghadiahkannya’ karangan sepanjang tujuh muka surat mahu memutuskan hubungan mereka.
Menerusi akaun TikToknya, Karla Velarde ada memuat naik beberapa video yang memaparkan kisah perpisahannya dengan teman lelaki. Setakat artikel ini ditulis, salah satu video perkongsian Karla telah meraih lebih lima juta tontonan.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
https://www.tiktok.com/@karlavelarde1234/video/7121196971821452587?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tidak berkongsi kandungan penuh surat berkenaan, Karla menjelaskan, dia menerima satu mesej daripada teman lelakinya ketika sedang keluar bersama rakan-rakannya. Dalam mesej tersebut, teman lelakinya berkata dia ada kejutan untuk Karla.
“Dia (teman lelaki) kata dia ada kejutan untuk saya bila saya balik. Saya jumpa surat atas katil masa balik dan saya ingatkan ia surat cinta tapi rupanya ia surat mahu memutuskan hubungan kami,” jelas Karla.
Rupanya ada motif lain mintak putus?
Walau bagaimanapun, menerusi beberapa video susulan, Karla menjelaskan teman sebiliknya sendiri mendedahkan bekas teman lelakinya itu cuba untuk memikatnya di satu aplikasi janji temu.
Lebih menyedihkan, gambar profil yang digunakan lelaki berkenaan dalam aplikasi terbabit adalah gambar yang diambil sendiri Karla beberapa hari sebelum mereka berpisah.
Teman sebilik Karla bagaimanapun telah melaporkan akaun lelaki berkenaan supaya ia dipadam.
Tidak berakhir di situ, kisah ini menjadi lebih rumit setelah bekas teman lelaki Karla menghantar pesanan kepadanya menuduh Karla mengupah orang untuk membulinya secara siber berkenaan perpisahan mereka.
“Dia kata dia diserang di akaun media sosial dan kata saya yang cari orang dan upah mereka untuk buli dia. Saya pun beritahu dia saya takde masa dan wang sebanyak itu untuk upah orang semata-mata mahu kenakan dia semula atas apa yang dia dah buat pada saya,” kata Karla lagi.
Karla turut berkongsi bekas teman lelakinya itu cuba untuk menjelaskan yang dia sebenarnya tidak mengecam perempuan lain yang cuba dikenali menerusi aplikasi janji temu itu sebagai teman sebilik Karla. Malah, dia juga berani bersumpah dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana wanita lain ketika bersama Karla.
“Dia juga berkata dia mencipta akaun di aplikasi janji temu itu selepas kami putus dan meminta maaf dan mengatakan dia tiada niat nak berkenalan dengan orang yang saya kenali. Dia juga menyatakan dia terasa hati sebab saya tak percayakan dia.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan bekas teman lelaki wanita berkenaan yang dikatakan cuba ‘play victim’ dan bersifat keterlaluan kerana menulis surat sehingga tujuh muka surat hanya untuk memutuskan hubungan. Ramai pengguna juga meminta Karla untuk berkongsikan kandungan penuh surat terbabit.
Sumber: TikTok @karlavelarde1234