“Patutnya dah fikir masuk kubur” – Kakek 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Dekat Budak Perempuan 12 Tahun

“Patutnya dah fikir masuk kubur” – Kakek 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Dekat Budak Perempuan 12 Tahun

 
 
00:00 /
 
1X

Seorang ‘kakek’ berusia 61 tahun ditangkap pihak berkuasa lepas kantoi hantar surat cinta kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, lapor Tribun.

Kejadian itu berlaku di Bintara Jaya, Kota Bekasi dan suratnya dimulakan dengan kakek itu menggelar kanak-kanak tersebut sebagai ‘gadis manisku’ sebelum dia teruskan dengan menyampaikan rasa rindunya.

Sumber: Facebook

“Buat gadis manisku yang sedang marah,
Yang telah memenjarakan dan menawan hatiku,
Yang telah membuat aku tak berdaya saat ini,
Saat kutuliskan surat ini,
Aku sedang merindukanmu…”

Difahamkan kakek itu bukan sekadar mahu ‘mengorat’ tapi juga ada niat untuk ‘pancing’ kanak-kanak tersebut supaya dapat melempiaskan nafsunya.

Menurut pihak polis, mangsa dikatakan pernah diperkosa sekitar bulan Mac namun dia hanya mendiamkan diri. Namun, pada Ogos lepas kakek ini kembali ‘buat kerja’ dan mencabul mangsa.

Sumber: Tribun

Malah, difahamkan surat cinta yang ditulis sendiri dan dihantar pada mangsa bukan hanya satu tetapi ada banyak dengan menggunakan nama pena ‘Alfa Romeo’.

Lebih teruk lagi, kakek ini sebenarnya masih ada isteri yang juga sudah tua sepertinya. Mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa dekat kawasan Bintara Jaya itu.

Sumber: Tribun

Modus operandi kakek ni akhirnya terbongkar lepas bapa mangsa terjumpa surat-surat cinta darinya. Dalam surat tu memang penulisan dia dah macam orang mabuk cinta. Lepas mangsa mengaku dan menceritakan semuanya pada kedua ibu bapa dia, laporan polis terus dibuat pada 19 Ogos 2019.

Tetapi meskipun tahu keberadaan suspek, polis tidak terus menahan kakek iu. Sebaliknya beberapa orang anggota diarahkan untuk membuat penyamaran dan mereka mengesahkan kakek itu dah mula jalankan modus operandi yang sama dekat kanak-kanak lain juga.

Sumber: Insert Live

Ketika itulah, polis menyerbu dan menahan suspek. Video ketika serbuan dilakukan menjadi viral dekat media sosial sebab sebelum polis tiba, ramai penduduk kampung serang suspek di rumahnya.

Mangsa dikatakan trauma sehingga taknak keluar dari rumah atau pergi ke sekolah kerana malu lepas cerita tentangnya dah tersebar di sekolah.

Disebabkan itu, keluarga mangsa bawa dia berjumpa perunding psikiatri selama dua minggu berturut-turut untuk pulihkan emosi dan trauma yang dialaminya.

Tonton video di bawah:

Patutnya dah ingat mati dah ni kakek oi…

Baca: “Simpan perasaan sejak pertama kali jumpa” – Gadis 27 Tahun Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nikah Atuk 83 Tahun

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!