Selepas beberapa bulan turun naik mahkamah, pelakon Afiq Muiz akhirnya bercerai talak satu dengan isteri, Pachara Apin di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Kuala Lumpur hari ini (Selasa).
Menurut laporan mStar, peguam syarie yang mewakili Afiq iaitu Mohd Yazir Sa’at memaklumkan penceraian itu dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara.
Beliau juga memaklumkan pihak media bahawa terdapat beberapa perkara yang telah dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.
Selain itu, Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah pula bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadap Pachara atau Nur Aaira Mahadeya.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas penceraian.
Terdahulu, Afiq Muiz telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga pelakon, Pachara Apin atas tuduhan berlaku curang.
Sebelum ini, isu membabitkan rumah tangga pasangan ini kecoh sekitar Mei 2021 selepas Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.
Pachara mendakwa mukanya ditampar Afiq sebanyak lima kali selain perutnya ditendang dan juga dahunya ditumbuk.
Pun begitu, perkara tersebut hanya didedahkan menerusi hantaran Facebook pada November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan yang dialaminya.
Untuk rekod, Afiq Muiz dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019 namun pasangan tersebut belum dikurniakan cahaya mata.
Baca : “Membohong je keje kau kan?” – Afiq Muiz Dedah Mesej Isteri Curang, Adik Dakwa Pernah Maki Ibu