in

“Membohong je keje kau kan?” – Afiq Muiz Dedah Mesej Isteri Curang, Adik Dakwa Pernah Maki Ibu

Ft Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Pachara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga antara Afiq Muiz dengan isterinya, Pachara Apin dilihat semakin rancak apabila pelakon itu mendedahkan perbualan mesej isterinya itu dengan lelaki lain.


Menerusi Instagram miliknya, Afiq Muiz menegaskan bahawa isterinya itu banyak menipu pada dirinya dan scam lelaki lain.

 

Membohong je keje kau kan

Dalam perkongsian itu, Afiq Muiz mempersoalkan dakwaan Pachara itu sahih atau tidak kerana apa yang dikatakan itu tak guna bukti.

Bagaimanapun, Afiq Muiz menjelaskan bahawa dia ada pegangan dan mempercayai pada rezeki Allah.

“Sedar la sendiri diri tu.Tak payah beria jaja cerita aku dera kau. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau. Dh kutip sekor yang lain pulak kau try, aku pun malas nak cari jantan-jantan yang kau scam sebab aku manusia biasa tapi aku yakin ALLAH tu ada. Insyaallah.”

https://www.instagram.com/p/Cqbzl2OvEXH/

Sebelum ini, mStar Online melaporkan bahawa Pachara ada membuat pendedahan bahawa sepanjang perkahwinan dia dengan pelakon itu, dia yang terpaksa keluar bekerja untuk menampung kehidupan.

Malah, Pachara mendakwa Afiq menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video sementara dia keluar bekerja. Malah, pada tahun 2021, Pachara ada membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa Afiq mencederakannya.

Berikutan dengan kenyataan tersebut, adik perempuan Afiq ada memberi kenyataan balas terhadap dakwaan Pachara.

 

“Perempuan ni maki mak aku”

Kata adik Afiq, dakwaan yang mengatakan bahawa Pachara tanggung Afiq Muiz itu tidak betul sama sekali, ia kerana abangnya itu tidak mendapat sebarang tawaran berlakon ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , sebaliknya, abangnya banyak menghabiskan wang simpanannya untuk Pachara.

Malah dia mendedahakan Pachara pulang ke Sabah dan berfoya-foya dengan rakan-rakannya sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam dan mendakwa Pachara kaki putar belit.

Screenshot 2023 03 31 145254

Screenshot 2023 03 31 145352

Dalam pada itu, adik Afiq Muiz juga ada mendedahkan sikap sebenar Pachara yang suka mencederakan diri sendiri kerana tidak ikut kemahuannya, sampaikan pernah cuba untuk bunuh diri, malah pernah terjun dari kereta sebab abangnya tidak mahu kahwin dengannya.

Bahkan, dakwaan Pachara yang sebelum ini mengatakan enggan untuk mengata pasal orang kerana berpuasa itu disangkal oleh adik Afiq Muiz. Katanya, sepanjang pemerhatian duduk serumah dengan Pachara, dia tak pernah nampak Pachara berpuasa dan tepis dakwaan Pachara yang mendakwa ibu Afiq membenci Pachara kerana mualaf.

Screenshot 2023 03 31 145423

 

“Elok orang ni duduk rumah jaga mak, jaga adik dia, jaga anak buah dia, kau tuduh dia curang, 14 Mei kau kata dia pukul kau.”

Lebih teruk lagi, adik Afiq jelaskan bahawa Pachara pernah memaki ibunya, malah dakwanya, disebabkan sikap Pachara, abangnya banyak hilang kawan, adiknya juga mengatakan bahawa Pachara selalu fitnah abangnya, seperti ada artis suka dengan Afiq dan ada hubungan sulit dengan datin kaya.

Walhal, Afiq duduk di rumah menjaga keluarga tetapi difitnah oleh Pachara, dia juga menegaskan Pachara putar belit cerita apabila dia dipukul.

Screenshot 2023 03 31 145635

Kenyataan yang diberikan oleh adiknya itu turut disokong oleh Afiq Muiz sendiri. Untuk rekod, Afiq dan Pachara berkahwin pada tahun 2019, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Baca : “Balik 3 pagi mabuk, keluar dengan jantan” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri

Ft Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.