Mak ayah mana yang nak tengok masa depan anak dorang hancur? Samalah macam bapa berusia 61 tahun dari Negeri Sembilan ni. Naluri untuk lindungi anaknya terlalu menebal sampai dia sanggup menipu pihak berkuasa demi untuk selamatkan anaknya.
Penipuan ini dibuat selepas satu kemalangan langgar lari yang berlaku di Mambau, Negeri Sembilan pada hari Sabtu lalu di luar sebuah surau di tepi Jalan Mambau – Port Dickson.
Malangnya, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6 pagi ini telah membunuh dua orang suami isteri menaiki motorsikal yang keluar untuk mencari rezeki di awal pagi dan seorang ibu tunggal bertelekung sedang melintas jalan untuk ke surau menunaikan solat subuh.
Kemalangan ini berlaku selepas seorang lelaki berusia 27 tahun hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan dan merempuh pasangan suami isteri di atas motosikal sebelum keretanya berpusing dan melanggar ibu kepada empat orang anak tersebut.
Menurut Sinar Harian, ketika disoal siasat, bapa pemandu kereta yang turut sama ada di dalam kereta telah mengaku dia yang memandu kereta tersebut. Bagaimanapun, rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan lelaki tua ini telah menipu kerana jelas kelihatan anaknya yang sedang memandu ketika kemalangan tersebut berlaku.
Berdasarkan rakaman CCTV didapati pemandu kenderaan tersebut tidak kelihatan sepertinya.”
“Menurut rakaman percakapan dan pengakuan awal warga emas itu serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperoleh, akhirnya dia mengaku pemandu sebenar adalah anak lelakinya yang berumur 27 tahun.”
Pemandu lelaki berusia 27 tahun ini telah pun ditahan bagi tujuan siasatan dan menurut Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, ujian air kencing menunjukkan lelaki ini bukan di bawah pengaruh dadah mahu pun alkohol.
Allahu, kesian dekat semua mangsa termasuk bapa suspek tu 🙁