Rasanya ramai peminat filem kat luar sana mesti dah tengok cerita seram Makmum kan? Katanya ramai yang menggigil takut, sampai nak solat pun takut katanya. Kot-kotlah tetiba ada makmum ‘misteri’ kat belakang tumpang solat.
Nak kata hebat tak hebat penangan filem ni sampaikan Cik B anak Dato’ Vida pun takut dan siap solat di depan dinding lagi! Haa parah, parah!
https://www.instagram.com/p/BprUcgOFOFf/
“Lepas tengok cerita “MAKMUM” Cik B solat belakang dinding…”
Punyalah takut dengan cerita Makmum, Cik B telah memuat naik status di Twitter yang menyatakan situasinya yang terlalu seram sampai terpaksa menunaikan solat berhadapan dengan dinding untuk elak ada ‘makmum’ di belakang.
Depan dinding*😂🤟🏽
— cikb havoc (@HavocCikb) August 19, 2019
“Pastikan ada jarak sikit Cik B dengan dinding, takut waktu rukuk terlanggar pulak bontot dengan dinding”
Terhibur dengan status berkenaan, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi kepada Cik B termasuk ada yang siap cakap tak lama lagi muncul pulak filem bertajuk Imam! Adoi macam-macam!
“Hantu pulak tegur “dik solat depan dinding dik nanti tak boleh nak rukuk dik”
Apa-apapun takut tu takutlah jugak. Tapi admin harap korang tak adalah terbawa-bawa keseraman filem ni sampai takut nak bersolat semua. Itu tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim tau!