in

“Takot umur tak panjang” – Aliff Syukri Dijangkiti COVID 19 Stage 3, Mohon Doa Cepat Sembuh

Aliff Syukri Covid 19 Stage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas pulang bercuti dari Turki, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan satu berita membimbangkan apabila dia katanya telah dijangkiti COVID 19.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aliff memberitahu yang doktor telah mengesahkan dia dijangkiti wabak itu tahap 3 yang sekaligus memberi kesan kepada sistem pernafasannya.


Saya ditahan wad kerana dijangkiti covid stage 3 melibatkan paru-paru saya. Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai ketika ini,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CYB3DJtvaXt/

 

“Takot2 umur saya tak panjang awak…” 

Dalam pada itu, Aliff juga sempat memohon maaf kepada semua yang mengenalinya kerana bimbang tidak dapat berbuat demikian jika umurnya tidak panjang.

Dia juga berharap dikurniakan kesembuhan secepatnya kerana rindu dengan isteri, ibu dan anak-anak.

https://www.instagram.com/p/CYES2H3lGyu/

“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya. Saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak. 

“Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak awak. 

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf kat semua.

“Takut-takut umur saya tak panjang awak. Doakan saya cepat sembuh, I’ll missing my wife and kids and mom,” katanya lagi.

Posting tersebut telah mendapat lebih 80,000 likes dan kebanyakan komen mendoakan semoga usahawan ini kembali sembuh seperti sediakala.

Aliff yang pada awalnya diasak dengan pelbagai persoalan mengenai penyakitnya berkata, dia tidak mahu berkongsi mengenai hal tersebut kerana bimbang dituduh sengaja mencari kontroversi.

Aliff 1

Menerusi tinjauan di Instagram isterinya, Datin Seri Shahida bersama-sama anaknya dilihat sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga Datuk Aliff cepat sembuh ya dan dapat kembali bersama ibu, isteri dan anak-anaknya.

Baca: Lari Lepas Berjaya Bida Barang Lelongan Sajat, Ramai Syak Pembida PA Aliff Syukri?

Aliff Syukri Pa

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.