“Tak tahu kenapa ramai non-hindu kata disrecpectful” – Kata Patung Ni ‘Scary’, Masyarakat Hindu Sikit Tak ‘Offended’ Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selain Malaysia, negara jiran Singapura juga merupakan negara yang berbilang kaum. Ada Melayu, Cina dan India.

Jadi, biasalah kalau dah berlainan kaum pastinya akan ada batasan yang kita kena hormat demi menghormati sensitiviti setiap kaum. Kalau nak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan budaya dan adat kena lah berpada-pada.

 

Kau tak terperanjat ke kalau kau deliver barang abeh nampak ni. No offence to the religion, tapi seram siot”

Kisahnya begini, suami kepada @Meng_II ni sedang buat kerja delivery, tiba-tiba jantung dia berderau sebab ada satu patung Hindu ni kat depan rumah dia.

Saiz dia macam saiz manusia biasa, nah tengok tweet dia ni.

Suami dia nak bagi package tu dekat rumah orang ni, sekali imbas admin sendiri terkejut tengok orang biru tu.

Dia kemudiannya kongsikan pengalaman melucukan ini di Twitter dengan intonasi yang sangat beradab.

Tapi ada juga netizen yang anggap bahawa perkongsian ini seperti agak tak beradab sebab seolah-olah nak katakan dewa hindu ini scary dan boleh membuatkan masyarakat beragama Hindu tersinggung.

Hakikatnya, masyarakat Hindu tak tersinggung langsung dengan perkongsiannya sebab patung itu adalah Dewa Muneeswarar yang akan menjaga dan melindungi manusia daripada anasir negatif seperti ilmu hitam.

 

Orang Hindu tak terisnggung pun

Mereka bersikap terbuka dan menjelaskan tujuan patung itu di letakkan di hadapan rumah. Bukan itu sahaja kenalan dan saudara mara tuan rumah tersebut pun memberikan penjelasan kepada tuan empunya badan ni.

Mereka langsung tak melatah seperti mana yang di dakwa oleh masyarakat bukan hindu. Katanya lagi, tuan rumah tempah dari negara India.

Bagus mereka bersikap terbuka, sekurang-kurangnya dapat lah sikit info baru pasal budaya lain kan?

 

Baca : Buat Tak Senonoh Di Tempat Suci Bali, Dua Pelancong Asing Dikenakan Hukuman Adat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.