in

Buat Tak Senonoh Di Tempat Suci Bali, Dua Pelancong Asing Dikenakan Hukuman Adat

Untitled Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Bali dikejutkan dengan sikap ‘kurang ajar’ seorang pelancong asing dari Australia, yang membuat perlecehan terhadap penduduk tempatan lokasi tumpuan Kuta.


Entah apa masalahnya, ‘bule’ tersebut secara tiba-tiba melakukan tendangan ‘kungfu’ ke atas seorang pemuda yang sedang menunggang skuternya sehingga terjatuh — dan aksinya itu dirakam penduduk tempatan.

Tak sampai berapa hari, satu lagi kes direkodkan berlaku di Ubud.

Masalah kurangnya rasa hormat pelancong asing terhadap budaya dan adat resam di Bali ni sudah lama berlaku.

Bayangkan, Bali yang cantik dan permai tu jadi ‘kotor’ dek perangai segelintir pelancong asing yang ‘gak tau diri’ ni.

Berbalik kepada kisah di Ubud, dua pelancong asing dikatakan telah melakukan aksi tidak senonoh di sebuah pura dan rakaman aksi itu sempat dimuatnaik ke dalam akaun Instagram salah seorang daripada mereka — Sabina Dolezalova.

Ia kemudiannya tular dan sampai ke perhatian penduduk-penduduk Bali, yang rata-ratanya mengutuk keras kelakuan biadap dan kurang sopan tersebut.

Nak cakap pun malu, so korang tengok sendiri kat sini apa yang mereka dah buat sampai orang Bali naik angin.

Ubud Id

Pulau Dewata yang didiami majoriti penganut Hindu Bali ni memang ada banyak pura atau di sini kita sebut sebagai kuil — semua ni adalah tempat sacred bagi mereka.

Dan air suci yang mengalir di pura tersebut, dikatakan tidak boleh digunakan sebarangan.

Penggunaannya hanya dibolehkan untuk keperluan upacara adat dan ritual-ritual suci lain.

Sebelum masuk ke dalam pura pun pelancong asing dah diwajibkan memakai kain atau sarung agar kelihatan sopan — apatah lagi untuk menjaga tingkah laku sewaktu di dalamnya, itu lagilah dititik beratkan oleh mereka.

Sebab tu ada lirik lagu kata, masuk tempat orang bawa otak.

Kalau tak bawa otak, inilah akibatnya — kedua-dua pelancong ini telah dibawa berjumpa penjaga pura tersebut untuk memohon maaf atas kebiadapan mereka.

Tapi ingat dapat lepas gitu je? Maaf pak, ini belum selesai.

Dalam satu artikel yang disiarkan Vice Indonesia, ada beberapa denda yang dikenakan ke atas mereka antaranya termasuk perlu membersihkan pura tersebut dan meminta maaf sekali lagi mengikut tradisi dan adat Bali.

Mereka turut diwajibkan membantu membiayai sebahagian upacara yang diadakan di pura tersebut.

Pasca Panen Hujatan Pasangan Bule Ceko Ikut Ritual Pembersihan Di Pura Bali Wwj

Kedengaran agak ‘ringan’ je denda mereka ni kan? Tapi bila perkara ni sampai ke pengetahuan Gabenor Bali, I Wayan Koster — dia dilapor mahu melaksanakan satu jalan penyelesaian berpanjangan yang akan benar-benar memberi kesan kepada ‘bule-bule’ kurang sopan ini.

Apa solusinya? “Pulangkan saja turis asing yang melecehkan tempat suci di Bali,” tegasnya.

Memang selayaknya begitulah hukuman yang harus diterima mereka, blacklist je terus lepas tu.

Hukuman macam ni mungkin boleh kita praktikkan kat Malaysia jugak kot?

 

Baca: “Bila panggil pura-pura pekak” – Pelancong China Buat Perangai, Selamba Tanam Pampers Anak Tepi Pantai

A 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.