in

Tak Tahan Dengan Ragam Ibu Sakit Strok, Warga Emas Maut Didera Anak & Menantu

Warga Emas Strok Maut Didera Anak Menantu

Seorang wanita mualaf warga emas berusia 74 tahun yang menghidap strok maut dipercayai dipukul anak dan menantunya dalam kejadian di Arau, Perlis pada Rabu.

Polis menerima maklumat sekitar jam 5.30 pagi semalam menerusi pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memaklumkan terdapat pesakit meninggal dunia disyaki dipukul.

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa pada mulanya telah dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan pada pukul 4.10 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun pasukan perubatan telah memberi rawatan awal.

Banyak kecederaan pada tubuh mangsa

Menurut laporan, pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada tubuh si mati, iaitu di bahagian kedua-dua mata, dahi, kepala, lidah sisi kiri akibat tekanan.

“Si mati juga patah tulang rusuk kiri akibat tekanan. Walau bagaimanapun, punca kematian masih belum disahkan dan diklasifikasikan sebagai Pending Laboratory Analysis sementara menunggu keputusan makmal,” katanya.

Tak tahan dengan ragam & kerenah mangsa

Polis memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca akibat anak perempuan mangsa yang berusia 34 tahun mengalami tekanan dan tidak tahan dengan ragam serta kerenah mangsa.

Hasil siasatan awal mendapati anak mangsa mengaku ada memukul warga emas berkenaan dengan menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala.

Katanya, menantu mangsa juga disyaki terlibat dalam kejadian itu berdasarkan kepada keterangan yang meragukan.

Namun, kedua-dua mereka tidak mengaku membunuh warga emas itu dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Hanya Kerana Cinta Tak Berbalas, Wanita Warga Emas Dibunuh Di Port Dickson
Wanita Warga Emas Dibunuh