in

Hanya Kerana Cinta Tak Berbalas, Wanita Warga Emas Dibunuh Di Port Dickson

Wanita Warga Emas Dibunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas maut dibunuh ketika berada di rumahnya difahamkan kerana menolak cinta seorang lelaki.


Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata kejadian tersebut berlaku pada 9 Mei, kira-kira jam 12.30 tengahari.

Wanita yang berusia 67 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Pexels Kindel Media 7714795
Gambar hiasan

“Mayat wanita warga emas itu kemudiannya terus dibawa ke Hospital untuk bedah diasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Pada 16 Mei lalu, jam sekitar 12.50 malam, polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan pembunuhan wanita malang ini.

Suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun di tahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu telah diubah kepada dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menyatakan siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas dan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Port Dickson esok untuk pertuduhan.

Baca: Ingin Sorokkan Kehamilan, Wanita Dibunuh Kejam Oleh Kekasih

Pembunuhan Sabak Bernam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.