in

“Tak sampai satu jam gubah, 1 minit hangus dijilat api” – Rumah Pengantin Hangus Terbakar 2 Hari Sebelum Majlis Kahwin

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan dan ujian yang diberikan Allah kepada hamba-Nya adalah petanda bahawa kita orang yang disayangi-Nya. Pun macam tu, admin tak dapat bayangkan apa perasaan pasangan suami isteri ni setelah diturunkan ujian seberat ini.


Menerusi perkongsian di Facebook, rumah salah seorang pasangan yang baru berkahwin ni diuji dengan kebakaran apabila seluruh rumahnya hangus dijilat api 2 hari sebelum majlis pernikahan mereka. 

 

“Saat menghitung hari bahagia, Tuhan uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah ‘total lost'”

Menurut mangsa, majlis persandingan yang sepatutnya diadakan pada 1 Disember lalu terpaksa dibatalkan oleh kerana musibah yang dihadapi.

“Kami sekeluarga memohon maaf, tiada majlis persandingan akan diadakan pada 1 Disember 2018. 

“Saat menghitung hari bahagia lagi 2 hari, Tuhan uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah ‘total lost’,” kata mangsa.

47097571 1938228036268054 4498990848289013760 N

47115842 1938228246268033 4660050464031637504 N
sumber: facebook

 

“Tak sampai 1 jam gubahan digubah, dalam masa 1 minit hangus dijilat api…” 

Lebih menyedihkan, mangsa baru saja siapkan gubahan hantaran buat pihak lelaki sejam sebelum kejadian berlaku. Namun gubahan tu jadi sia-sia kerana kebakaran yang menimpa telah memusnahkan segalanya.

Akibat hal ini juga, ibu kepada mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami ‘mild heart attack’.

“Tak sampai 1 jam gubahan digubah, dalam masa 1 minit hangus dijilat api. Allahuakhbar! 

“Tolong doakan mama saya yang tengah warded kena ‘mild heart attack’. Please don’t think too much mama. InsyaAllah everything will be okay,” katanya lagi.

47376608 1938228149601376 1678061082805010432 N

47297204 1938228312934693 6877655517632659456 N

47320496 1938228459601345 2560859466962567168 N
sumber: facebook

Tambah posting tersebut, pasangan ni tetap teruskan majlis akad nikah mereka keesokannya meskipun segala persiapan perkahwinan lenyap dengan begitu saja.

 

Netizen kagum pasangan masih boleh tersenyum lepas apa yang berlaku 

Kejadian yang menimpa pasangan ni memang satu ujian besar buat keluarga mereka dan ramai di kalangan netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku. Pun begitu, netizen juga kagum dengan sikap pasangan ni kerana mereka masih boleh tersenyum walaupun sudah ditimpa ujian berat.

Allah Ada
sumber: facebook

Selamat pengantin baru dan semoga tabah hadapi dugaan yang menimpa. InsyaAllah ada rahmat besar disebalik dugaan ini. 

Baca: “Letting them go is hardest feeling” – Bait-bait Terakhir Anak Sebelum ‘Pergi’ Lepas Hantar Ibu Bapa Umrah

Pergi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.