in

Tak Perlu Pergi Amsterdam, Perlis Pun Ada Ladang Bunga Matahari

Untitled Collage 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cakap tentang ladang bunga, kita tentu akan terbayang Keukenhof di Belanda. Lokasi ini memang terkenal seluruh dunia dengan keindahan bunga-bungaannya. Kalau nak paling dekat dan economical untuk poket, kita travel ke Lopburi di negara jiran Thailand.


Tapi jangan risau. Korang tak perlu nak pergi jauh-jauh dah lepas ni, sebab sebenarnya kita pun ada tarikan seumpama itu. Mungkin masih ada yang belum tahu, Perlis sebenarnya mempunyai ladang bunga matahari yang tak kurang hebatnya!

Memetik laporan Bernama, ladang berkeluasan 1,21 hektar tersebut terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat dan kini ia menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik.

758941

Siapa sangka, daripada sebuah kawasan lembah yang bertanah mendap dan tidak digunakan — ia bertukar wajah menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Sejak dibuka pada penghujung Disember lepas, ladang milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis itu mendapat sambutan menggalakkan — apabila lebih 15,000 kehadiran pengunjung dalam dan luar negara berjaya direkodkan.

Namun berlaku sedikit penurunan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Jadi, apa kata kita pakat ramai-ramai ‘hidupkan’ semula ladang bunga matahari ni — bawa keluarga dan kawan-kawan untuk terokai keindahan alam semulajadi di negara kita sendiri.

Lagi pun selagi musim COVID-19 ni belum reda, ada baiknya kita spend duit untuk travel dalam negara dulu kan?

 

Baca: “Boleh tenangkan fikiran” – 6 Tempat Menarik ‘Back to Nature’ Di Semenanjung Kita Boleh Pergi Lepas Pandemik COVID-19

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.