in

“Boleh tenangkan fikiran” – 6 Tempat Menarik ‘Back to Nature’ di Semenanjung Kita Boleh Pergi Lepas Pandemik Covid-19

Cuti2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 ‘mendarat’ di negara kita, admin pasti antara perkara yang kita semua tak sabar nak buat adalah bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga!  Perdana Menteri dah umumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang ni semua sektor pelancongan dalam negara sudah dibuka!


So, mesti korang tak sabar nak jalan-jalan betul tak? Kalau korang tak ada idea atau belum decide nak pergi mana, meh sini admin cadangkan 6 lokasi percutian ‘back to nature’ yang kita boleh pergi sambil tenangkan fikiran.

 

1. Dusun Bonda

Nama Dusun tu memang sesuai sangat dekat tempat ni sebab korang dikelilingi dengan pokok buah-buahan dan kehijauan. Dusun Bonda mempunyai beberapa jenis penginapan dalam khemah besar atau dipanggil glamping macam yang tengah trend sekarang ni.

Dusun1

Selain kolam, ada juga aktiviti lain korang boleh buat dekat area berdekatan contohnya:

  • Mandi sungai
  • Jungle trekking
  • Kolam air panas semula jadi
  • Memancing di kolam ikan

Kalau rasa nak jalan-jalan boleh pergi Genting Highlands, hanya 30 minit dari sini!  Selain tu, kalau korang nak buat malam BBQ pun dorang ada fasiliti untuk digunakan.

Harga: Dari RM350/semalam. Check penginapan mana jadi pilihan korang dekat sini.

Lokasi: Batang Kali, Selangor

Website: dusunbonda.com

Dusun3

Dusun2

Dusun7

 

2. Bao Sheng @ The Passion Hut

Kalau ‘jalan jalan cari makan’ adalah pilihan yang ada dalam rancangan korang untuk pergi bercuti, of course Pulau Pinang adalah salah satu tempat yang sesuai!

Ni admin ada satu tempat nak suggest untuk korang menginap kalau pergi bercuti ke Pulau Pinang iaitu Bao Sheng and of course tempat ini tenang dan dikelilingi kehijauan. Back to nature kan tema kita…

Bao1

Apa yang syok, dekat sini adalah bilik yang mempunyai tingkap see through! Bayangkan korang bangun pagi dengan nature view, nampak pokok-pokok dan gunung ganang. Dekat sini juga korang akan dapat pemandangan cantik ketika waktu sunrise dan sunset.

Tempat ini adalah milik persendirian dan antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mandi air terjun (5 minit dari lokasi), berbasikal dan mandi kolam sambil nikmati pemandangan alam semula jadi.

Harga: RM280/semalam

Lokasi: Balik Pulau, Pulau Pinang

Airbnb: Bao Sheng @ The Passion Hut

Bao2

Bao4

Bao3

 

3. Selepas Hujan

Okay, yang ini pulak sesuai sangat kalau korang nak bercuti dan luangkan masa dengan keluarga. Sebab tempat ni adalah banglo besar yang dilengkapi dengan macam-macam kemudahan. Kalau nak buat family gathering atau reunion dengan kawan-kawan memang boleh cuba usha tempat ni.

Hujan1

Boleh buat BBQ dan organise water game juga sebab dekat sini ada swimming pool besar dengan pemandangan alam semula jadi. Bayangkan kesejukan dekat tempat ni, tenang je rasa! Harganya mungkin macam sedikit mahal tapi kalau kongsi ramai-ramai dengan family atau kawan, takdelah rasa macam ‘sakit’ sangat nak bayar.

Plus point kalau korang dari Kuala Lumpur, tempat ni cuma 1 jam perjalanan je tau!

Harga: RM1,450

Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan

Airbnb: Selepas Hujan (After the Rain)

Hujan2

Hujan3

Hujan4

 

4. Gopeng Glamping Park

Gopeng4

Tempat glamping ini dikelilingi dengan sungai, gunung ganang dan juga gua . Pemandangan alam semula jadi dekat sini memang sesuai untuk korang yang nature lover dan selain bercuti dengan keluarga atau kawan tempat ini juga boleh dijadikan lokasi team building atau sambutan acara.

Antara aktiviti yang korang buat dekat sini adalah whitewater rafting, night walk, sunset hiking, river tubing, berbasikal, mandi sungai dan piknik atau malam BBQ. Dekat sini juga ada disediakan kemudahan laundry termasuklah pakaian korang tu dilipatkan sekali dengan harga yang berpatutan.

Harga: Dari RM158 (mereka kini ada pakej terbaru ‘Survival Sale’ bermula RM128 selama 2 tahun)

Lokasi: Gopeng, Perak

Website: gopengglampingpark.com

Gopeng5

Gopeng2

Gopeng1

 

5. Hidden Gem on the Hill

Tak sampai 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan korang boleh enjoy percutian menenangkan berlatar belakangkan alam semula jadi dengan family atau kawan-kawan! Tempat ni sesuai untuk small group of friends atau keluarga yang tak terlalu ramai.

Gem5

Kalau nak buat bridal shower trip ke atau nak bercuti weekend getaway dengan keluarga tapi taknak pergi tempat yang padat dan nak jauh dari hiruk pikuk bandar, boleh usha tempat ni! Dekat sini ada balkoni besar untuk korang nikmati pemandangan terutamanya waktu sunrise atau sunset.

Harga: Dari 733/semalam

Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor

Airbnb: Hiddem Gem on the Hill

Gem1

Gem2

Gem3

 

6. Happi Village

Admin tertarik dengan bath tub dekat tempat ni sebab dibina outdoor so sambil berendam korang boleh dengar suara suara cengkerik atau bunyi nature. Memang tenanglah kalau berendam sambil dikelilingi kehijauan dan pemandangan alam semula jadi.

Happi4

Kalau taknak berendam sorang dalam bath tub, korang boleh pergi mandi swimming pool dengan kawan-kawan atau family. Itu pun sama, korang berenang sambil nikmati nature view. Boleh pergi mandi air terjun, jungle trekking dan waktu malam pula boleh buat aktiviti BBQ dan korang boleh juga pergi kebun buah passionfruit atau fig!

Harga: Dari RM200/semalam

Lokasi: Kg Janda Baik, Bentong, Pahang

Website: happyvillage.my

Happi1

Happi2

Happi3

Cantiknya semua tempat! Mana satu yang buat korang tertarik untuk jadikan travel destination lepas Covid-19 ‘settle’? Pada admin, mana-mana pun okay asalkan kita bercuti di dalam negara sebab for now let’s focus on #supportlocal.

Baca: Silverlakes Brand Village Outlet, Pusat Beli Belah Premium Terbesar Di Perak Dijangka Siap Tahun Depan

Cats 8

Sumber: Dusun Bonda
Sumber: Dusun Bonda
Sumber: Dusun Bonda
Sumber: Dusun Bonda
Sumber: Bao Sheng
Sumber: Bao Sheng
Sumber: Bao Sheng
Sumber: Bao Sheng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.