in

“Tak nak orang undi sebab artis” – Rich Estranged Mahu Jadi Wakil Rakyat, Bakal Bertanding PRN Sabah Akan Datang

Rich Mahu Tambunan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penglibatan golongan artis dalam dunia politik bukanlah satu perkara baru. Terdahulu, antara golongan artis yang pernah masuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) seperti penyanyi Aishah, Herman Tino, Dayangku Intan dan yang terbaru, Jimmy Palikat yang akan bertanding di Dun Tambunan, Sabah.


Mempunyai minat dan semangat yang berkobar-kobar dalam membantu penduduk setempat, vokalis kumpulan Estranged, Rich atau nama penuhnya Richael Lawrence Gimbang katanya sudah bersedia untuk bertanding PRU-16 yang berkemungkinan diadakan 3 tahun lagi. 

Menurut mStar, Rich mengambil keputusan untuk bertanding menjadi calon wakil rakyat Tambunan, Sabah selepas 2 tahun melakukan CSR bersama kumpulan Estranged di daerah tersebut.

View this post on Instagram

Kotobian tadau kaamatan kiooo.. Kihoooiii.

A post shared by RICH (@richaelgimbang) on

Rich mahu membantu penduduk kampung pedalaman di sana yang berhadapan dengan masalah air, elektrik selain fokus kepada pendidikan generasi muda.

“Buat masa sekarang, saya hanya umum mengenai keputusan saya untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, bukan yang terkini. Saya bertanding untuk calon wakil rakyat Tambunan. 

“Tapi saya tak tahu nak sertai parti mana. Sejak 2018, saya dan ahli kumpulan Estranged selalu membuat CSR ke kampung pedalaman sekitar kawasan Tambunan. Jadi, dah tiba masanya untuk saya bertanding pula,” katanya.

Rich 1

 

“The work starts now!” – Rich

Berkongsi keputusan untuk bertanding di PRN Sabah akan di Instagram, Rich memberitahu yang dia sudah mula berkempen untuk menjadi calon wakil rakyat Sabah.

Sungguhpun Rich kini bakal sibuk lepas terjun ke dunia politik, dia katanya tidak akan meninggalkan karier seni yang dia ada kini.

“Biarpun saya sudah menceburi bidang politik tapi ia tidak bermaksud yang saya akan keluar daripada kumpulan itu (Estranged). Malah, ahli kumpulan yang lain iaitu Solihuddin Hormat dan Nor Hanafi juga akan turut membantu saya. Ianya seperti perjalanan kumpulan kami,” katanya.

Min doakan semoga berjaya! Dah lama tak nampak Velvet kan… 

Baca: Jutawan Sensasi, Aliff Syukri Nak Beli Skuad Helang Merah?

Helang

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.