in

“Tak nak lepaskan kami selagi tak bank in” – Pura-pura Baiki Kereta, Gadis Takut Kereta Ditahan Pakcik Minta ‘Upah’ RM150

Tahan Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gadis-gadis kat luar sana kalau travel tengah malam naik kereta tu berhati-hatilah!

Menerusi perkongsian seorang gadis di Twitter, mangsa tak pasal-pasal berada dalam situasi panik dan menakutkan apabila kereta mereka ditahan oleh seorang pakcik dan beberapa orang lelaki menaiki motor kerana tak bayar ‘upah’. Upah apa pulak ni??


 

“Tolong kami… kami dah call polis tapi tengah otw kami sumpah takut ni” 

Menurut mangsa, semua ini berlaku selepas kereta miliknya berhenti di RNR Nilai Utara kerana kenderaan tersebut mempunyai sedikit masalah. Namun ketika nak periksa kereta tersebut, datang seorang pakcik yang kononnya dengan niat nak membantu. 

Katanya lagi, tanpa izin pemilik kereta pakcik tersebut terus periksa keretanya dan isi air di bahagian bonet kenderaan tersebut.

Agak mengejutkan jugaklah bila pakcik tu tiba-tiba minta bayaran RM150 daripada harga asal yang kononnya RM250. Uish bantu gitu je pun dah beratus!

Ekezbn8U0Aekbrg 1

Ekezbn6Ucaargaw 1
Suspek | sumber: twitter

Bila gadis-gadis tersebut beri alasan mereka tak ada duit nak membayar amaun tersebut, kereta mereka tiba-tiba kena tahan dan pakcik tu siap bawa geng motor lagi dengannya. Gila tak takut! 

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1200063570777501696?s=19

Gila
sumber: twitter

 

“Pakcik tu dah kena tahan, abang polis suruh kami balik” 

Mujurlah atas keberanian adik mangsa, remaja tersebut senyap-senyap call polis semasa kakaknya deal dengan pakcik tersebut yang meminta bapa mereka bank in kan duit kepadanya. 

Polis akhirnya sampai tak lama selepas itu dan menahan lelaki yang berusia 46 tahun tersebut. Kemudian polis suruh mangsa pulang ke rumah dan mangsa pun tak tahu apa yang terjadi kepada pakcik tu lagi.

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1200074449665413120

Tangkap 1
sumber: twitter

Sungguhpun begitu, mangsa sempat jugalah explain pada netizen kenapa dia tak lari ataupun langgar pakcik tersebut. Menurutnya, kalau tersilap langkah tak pasal-pasal pula mereka yang kena dakwa.

If fikir logik pun mereka perempuan, mesti tengah panik dan takut kan? 

Eke2Uqiuuaarkus
sumber: twitter

 

“Weyyy tolong viralkan benda ni, biar orang ramai alert” 

Rata-rata netizen yang kasihan dengan nasib gadis tersebut memberi macam-macam peringatan kepada netizen supaya berhati-hati kalau ada yang tiba-tiba ‘baik hati’ nak hulurkan bantuan.

If betul-betul ikhlas tak apalah, takut pulak jadi kes macam ni dan lagi teruk kalau kena rogol atau pukau. Makin teruk orang zaman sekarang ni.

Hati Hati
sumber: twitter

Make sure korang alert ye dengan isu ni dan berhati-hati kalau travel sorang terutamanya perempuan. Bahaya betul geng-geng macam ni. 

Baca: “Yang lagi sorang tu tahu pun takut” – Wanita Hamil 8 Bulan Tembak Mati Lelaki Yang Rompak Rumahnya

Bumil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.