in

“Dia tak layak sebab tiada bakat langsung” – Aliff Syukri Dikritik Pelakon dan Pengarah

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak ditayangkan 15 Februari 2018 yang lalu, filem Badang: Adiwira Sepanjang Zaman tidak henti-henti menerima kritikan daripada masyarakat. Dilabel filem gagal oleh segelintir individu, Badang dikutuk kerana dikatakan memilih watak hero yang tidak sesuai dan tiada bakat berlakon.


Sebagai pemegang watak utama superhero Badang dalam cerita tersebut, Dato’ Aliff Syukri selaku teraju utama tidak berdiam diri mendengar tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke atasnya. Aliff telah memuat naik video di laman Instagram meminta orang ramai menghargai bakat yang ditonjolkan.

Bdg
sumber: instagram

Terbaru, Amyza Aznan, seorang pelakon yang sudah lama bertapak dalam dunia seni menegur Aliff agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform memperluas empayar perniagaannya, lapor mStar.

Meluahkan pendapatnya di ruangan komen satu entri seorang pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin, Amyza mendakwa bahawa usahawan kosmetik itu tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni. 

Msyza
sumber: berita harian

 

Al1
sumber: facebook

“Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke?” kata Amyza.

“Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung,”  tambahnya lagi.

Shahrulezad dalam entrinya mengulas tentang sikap mudah melenting Aliff apabila dikritik ternyata bersetuju dengan pendapat Amyza. Katanya, Aliff seharusnya menerima komen-komen negatif yang diberikan penonton kerana itu adalah lumrah industri seni. Menurutnya, kekayaan dimiliki Aliff juga tidak semestinya mampu membeli kata-kata pujian dan sanjungan. Ouch!

Al2
sumber: facebook

“Menyampah pulak tengok video dia cakap seolah-olah kita ni bodoh tak tahu menilai seni. Ada hati nak kata orang tak pandai hargai penat lelah dia berlakon.”

“Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki.”

Haaa, kan pelakon dan pengarah dah tampil bersuara tu. Seeloknya Dato’ Aliff tidak perlu kecoh-kecoh di laman sosial, terima kritikan dengan hati terbuka untuk perbaiki lakonan di masa akan datang.

Baca: “Hargai bakat saya!” – Dato’ Aliff Kecewa Filem Badang Dikritik Penonton Sesuka Hati

Salajsm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.