in

“Tak lepas nak masuk CDM” – ‘Buyer’ Lesap Lepas Beli Telefon Bimbit Guna Duit Palsu

Duit Palsu Telefon Bimbit Penipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni banyak sangat modus operandi penipuan yang berleluasa. Ada yang terlibat dengan penipuan atas talian, ada juga yang telibat dengan penipuan secara bersemuka. Kes yang paling banyak adalah penipuan jual beli menggunakan duit palsu.


Duit Palsu

Minggu lepas, seorang lelaki berhasrat untuk menjual telefon bimbit beliau kepada seorang wanita. Mereka bersetuju dengan cara pembayaran ‘cash on delivery’ ataupun ‘COD’

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki itu hanya sedar beliau telah ditipu selepas duit yang diterima gagal untuk didepositkan ke dalam mesin di sebuah bank, menurut Awani.

Semasa kejadian pada 20 September lepas, lelaki itu bertemu dengan seorang ‘buyer’ wanita di Pasaraya Bilion Bandar Teknologi Kajang. Menurut sumber, beliau memberitahu yang ‘buyer’ datang meaniki kereta jenis Kia Cerato berwarna coklat dan dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

Selepas wanita itu bersetuju untuk membeli telefon bimbit berkenaan dengan harga RM1,950. Suspek telah menyerahkan 17 keping wang kertas bernilai RM100 dan lima keping wang kertas RM50.

“Setelah selesai berurusan, lelaki itu ingin mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaunnya sebelum menyedari kesemua wang kertas RM100 itu tidak diterima mesin deposit tunai (CDM).” 

Mohd Zaid memesan orang ramai agar berhati hati dengan taktik baru yang digunakan oleh scammer untuk penipuan menggunakan wang palsu dan tidak tergesa-gesa semasa membuat urusan jual beli secara tunai atau ‘COD’.

Admin harap semua orang dapat berwaspada apabila berurusan jual beli dengan orang yang kita tak kenal agar kita tak terjebak dengan penipuan atas talian ataupun secara bersemuka.

Baca : “Minta download aplikasi” – Polis Tahan 5 Individu Disyaki ‘Scammer’ Guna Modus Operandi Ini…

Collage 38 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.