in

“Tak habis-habis ujian Australia” – Australia Diserang Nyamuk ‘Gajah’ Sebesar 20 Sen, Pakar Beri Amaran Potensi Wabak Baru

Semburan Nyamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa bencana menimpa Australia pada hujung tahun lepas dan bulan Januari ini, muncul pula kebimbangan baru buat rakyat di negara sana.


Pakar telah menemui spesis nyamuk sebesar duit syiling 20 sen yang juga dikenali sebagai Toxorhychites – ‘nyamuk gajah’ yang dikatakan menyerang kawasan Gold Coast di Queensland dekat Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters, lapor Daily Mail.

 

Nyamuk gajah boleh jadi punca wabak penyakit baru yang bahaya? 

Peningkatan penemuan serangga ini di sekitar kawasan Queensland nampaknya memberi petanda akan wujudnya wabak penyakit menerusi virus Ross River yang tiada penawarnya. Alamak… 

Lebih mengerikan, nyamuk gajah ni dilihat lebih 5 kali besar daripada nyamuk biasa tetapi mereka ni katanya lebih gemar makan larva nyamuk lain daripada darah manusia. 

24005718 7940259 The Monster Mosquito Pictured Was Found In A Killara Backyard On M 19 1580254464237

24005714 7940259 Swarms Of The Insects Have Prompted Local Government Action Up N A 20 1580254469321
Lokasi penemuan nyamuk gajah | sumber: daily mail

Demi mengelakkan pertambahan populasi nyamuk tersebut, pihak berkuasa Gold Coast telah membuat semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan.

Perubahan cuaca dan banjir yang berlaku baru-baru ni jugak katanya jadi punca yang dorong virus Ross River ni tersebar.

Untuk rekod, kali terakhir wabak yang melibatkan serangga ni berlaku ialah pada tahun 2015, iaitu apabila hampir 700 jangkitan yang berlaku dan tak dapat disembuhkan.

 

“Marilah kita bersedia… barangkali inilah petanda dunia akhir zaman” 

Rata-rata netizen yang membaca berita ini menganggap setiap bencana yang berlaku pada awal tahun 2020 ni seakan-akan petanda kecil bagi kiamat dan pengakhiran dunia ini.

Turun Bala
sumber: facebook

Apa-apapun kita doakanlah semoga rakyat di Australia sana bertabah hadapi dugaan demi dugaan yang ditimpa ke atas mereka. 

Baca: “Dia tak faham apa-apa” – Maut Ketika Padamkan Kebakaran Australia, Tetamu Sedih Tengok Anak Bermain di Keranda Bapa

Cian 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.