in

“Dia tak faham apa-apa…” – Maut Ketika Padamkan Kebakaran Australia, Tetamu Sedih Tengok Anak Bermain di Keranda Bapa

Keranda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, terlalu ramai anggota bomba yang sedang bertungkus lumus dan tidak cukup rehat demi menjalankan misi memadamkan api kebakaran di Australia. Satu dunia berterima kasih dengan jasa semua anggota bomba ini yang bukan saja mengorbankan masa tapi juga membahayakan nyawa mereka demi keselamatan orang lain.


Fire12
sumber: the sun
Fire13
sumber: the sun

Malangnya, setakat ini dua orang sukarelawan bomba dilaporkan terkorban ketika dalam misi memadamkan api kebakaran di selatan Sydney. Geoffrey Keaton, 32, dan Andrew O’Dwyer, 36, terbunuh selepas trak yang mereka naiki melanggar sebuah pokok tumbang di kawasan kebakaran tersebut.

Fire2

Fire

Fire0
sumber: the sun

Geoffrey dan Andrew merupakan sukarelawan dari Rural Fire Service dan disahkan maut pada tengah malam Khamis lepas. Semalam, ketika ramai rakan setugas, ahli keluarga dan tetamu lain memberikan penghormatan terakhir kepada Andrew, anak perempuannya telah menimbulkan rasa sebak secara tiba-tiba.

Charlotte O’Dwyer berusia 1 tahun memakai gaun berwarna putih dan dilihat bermain-main di sekitar keranda yang menyimpan mayat bapanya itu, lapor The Sun.

Fire9

Fire6
sumber: the sun

Dia juga dilihat menyentuh keranda itu sebelum berlegar-legar di kawasan keranda sambil memakan keropok yang ada di tangan. Charlotte juga memakai topi keselamatan milik bapanya dan tidak berganjak dari kawasan keranda walaupun seketika.

Buat seketika, lagak si kecil itu membuatkan ramai tetamu tersenyum apabila melihat dia baring di bawah keranda Andrew. Namun, mereka mula berasa sebak bila memikirkan anak kecil ini tidak mengerti apa yang terjadi.

Fire10

Fire5

Fire11
sumber: the sun

Ketika upacara itu, Andrew dikurniakan darjah kehormat oleh Rural Fire Services dan anugerah itu diterima oleh isterinya, Melissa. Sewaktu memberikan ucapan, Pesuruhjaya Rural Fire Services, Shane Fitzsimmons tidak dapat menahan air mata apabila bercakap tentang Charlotte dan Melissa.

Charlotte patut tahu bapanya seorang lelaki istimewa dan berhati besar, dia pergi (mati) sebagai hero.”

Menurut laporan, memorial dirancang untuk dibina bagi memperingati jasa kedua-dua anggota bomba yang terkorban itu.

Fire7
sumber: the sun
Fire4
sumber: the sun

Baca: “Dunia melihat tapi tak mampu buat apa-apa” – [Video] Ratusan Haiwan Mati Bergelimpangan Di Tepi Jalan Australia

Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.