in

“Tak geli ker nak makan?” – Cupcakes Tema ‘Buah Dada & Zakar’ Di Parti Bachelorette Nelydia Senrose Jadi Kecaman Netizen

Nely Bachelorette

Bila ada kawan yang bakal mendirikan rumah tangga, ia dah jadi satu budaya pulak bagi orang zaman sekarang untuk adakan bachelor atau bachelorette party.

Baru-baru ni, pelakon Nelydia Senrose telah dikejutkan dengan ‘Bachelorette Party’ yang dianjurkan rakan-rakan sempena majlis perkahwinannya yang bakal diadakan tak lama lagi. Cumanya di sebalik party ni, muncul pulak satu kontroversi tak enak didengar dan jadi kecaman netizen…. 

 

Cupcakes tema ‘buah dada dan zakar’? 

Menerusi perkongsian Instagram Makcik Puaka, beberapa buah gambar cupcakes berbentuk lucah itu telah tersebar di media sosial hasil screenshot daripada Instagram rakan Nelydia yang juga pelakon, Adeline Tsen.

Whatsapp Image 2019 03 12 At 09.33.42 1

Whatsapp Image 2019 03 12 At 09.33.42
sumber: instagram

Uish berani mati design cupcakes dia ehhh! 

 

“Idea bodoh sapa la ni.. budak-budak perempuan zaman sekarang memang tak tahu malu” 

Seperti yang korang semua boleh jangkakan, gambar cupcakes ni meletop di media sosial dan rata-rata netizen memberi komen kecaman kepada Nelydia dan rakan-rakannya yang terlibat dalam parti tersebut.

Netizen kebanyakannya merasakan cupcakes tema macam ni memang tak perlu dibuat pun sebab ia menjatuhkan maruah bakal pengantin, sangat keterlaluan dan tak sesuai kerana kita beragama Islam.

Malu 1

Malu 2
sumber: instagram

 

“Bukan salah Nelydia… dia tak tahu apa-apa” 

Walau bagaimanapun, pelakon Nadiyah Shahab cuba menyelamatkan keadaan dengan memberitahu bahawa Nelydia langsung tak tahu menahu mengenai rekaan cupcakes yang bertemakan bentuk lucah tersebut di majlis bachelorette partinya.

Nelydia 1
sumber: instagram

Menurut Harian Metro, Nadiyah berkata manisan itu telah disediakan pihak katering sekadar hanya memenuhi tema acara.

“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan. 

“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’,” kata Nadiyah.

Nelydia 2
sumber: instagram

Malah katanya lagi, dia sendiri tak faham kenapa orang ramai nak mengecam kerana sebelum ni ada saja orang lain buat manisan macam tu sekadar untuk suka-suka.

“Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.

“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” katanya lagi.

Jadi apa pendapat korang mengenai isu ni? Kalau admin, berfikir jugaklah 2, 3 kali sama ada nak makan atau tak cupcakes tu. 

Baca: “Dia tak suruh aku rahsiakan cuma..” – Individu Ni Dedahkan Emma Maembong & Syed Abdullah Dah Bernikah?

Syed Emma