in

“Tak dapat satu sen pun” – Khairulaming Dedah DM Antivaksin, Tuduh Dia Dibayar 20,000 Untuk Promote Pasal Vaksin

Vaxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang influencer yang dikenali ramai, Khairulaming dilihat sentiasa menyebarkan vibes-vibes positif dan juga PSA yang baik buat masyarakat.


Yang terbaru, Khairulaming telah berkongsi IG stories yang menunjukkan golongan ibu bapa menerima vaksin sebagai satu galakkan untuk lebih ramai orang mendaftar vaksin di masa hadapan.

Tindakannya itu telah mendapat pujian netizen kerana dengan sokongan orang sepertinya mana tahu lebih ramai yang menolak dakyah songsang mengenai vaksin dan lebih ramai mengambil keputusan untuk menerimanya.

 

“Ni baru satu DM. Ada banyak lagi yang kena fight setiap hari” 

Walau bagaimanapun, di sebalik pujian yang diterima, Khairulaming juga tak terlepas daripada kata-kata sindiran golongan antivaksin yang menyusup ke dalam DM akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian di Twitter, Khairulaming memaparkan satu DM yang diterima, menuduhnya konon menerima bayaran dalam mempromosi vaksin di Instagram. Alahai… 

Malah individu terbabit juga claim yang vaksin tidak dapat menghentikan pandemik tersebut kerana ia adalah virus yang dicipta.

Vaksin tak dapat hentikan pandemik ni pon bro… Ini adelah virus yang dicipta. 

“Banyak kali promote bro… dah terima ke payment 20k? Tanya je kikiki” 

 

“Tak dapat satu sen pun. Saya buat ni ikhlas” 

Khairulaming yang merasa tak selesa dituduh sedemikian rupa telah membalas DM individu terbabit dengan jawapan yang agak pedas.

Baginya platform media sosial ini digunakan untuk memberi ilmu kepada orang ramai berkenaan kebaikan vaksin kerana ramai yang sudah kehilangan ahli keluarga dek kerana penularan wabak COVID 19.

E2Dmmdcvuamo0Wu

Apa-apapun tindakan Khairulaming ini telah mendapat sokongan netizen yang meminta supaya dia tidak mengendahkan kata-kata nista antivaksin dan teruskan beri ilmu kepada orang ramai mengenai vaksin.

Bagi admin Khairulaming adalah role model yang baik untuk belia dan pengguna media sosial. 

Baca: “Tunjuk ni dekat mak ayah korang” – Khairulaming Repost Ig Stories Ibu Bapa Ambil Vaksin, Nak Galakkan Ramai Orang Mendaftar

K

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.