Tak Dapat Jejakkan Kaki Ke Malaysia, Nas Daily Ajak Peminat Ke Singapura

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi pengguna tegar Facebook, mesti anda kenal dengan selebriti media sosial, Nas Daily.

Terkenal dengan video-video menarik, dia sering merakamkan pengalamannya memperkenalkan budaya masyarakat atau perihal politik sesebuah negara.

Malaysia, The Forbidden Land

Vlogger, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin yang juga pemegang pasport Israel, pernah mencetuskan kontroversi apabila menamakan Malaysia sebagai “The Forbidden Land” dalam salah satu videonya sewaktu berada di Singapura.

Sambil menuding ke seberang laut, antara dialog disebut dalam video itu adalah:

“The country you see behind me, is as hard for me to enter as North Korea. Because this is Malaysia.

“With my Israeli passport, it is almost impossible for me to enter their country and even more impossible for them to enter mine because of politics.”

Dan video itu dimuatnaik sehari sebelum kita sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Sumber: Channel News Asia

Ramai juga peminatnya dari Malaysia yang sentap. Yelah, bukan susah sangat pun nak datang Malaysia. Macam bagi idea salah pula pada fan dia dari negara lain.

Dah dia pegang pasport Israel, mana nak geng..

Sejak daripada itu, selalu juga dia diserang dengan team bawang Malaysia.

Nas nak jumpa orang Malaysia

Tapi nampaknya dia masih tak mengalah untuk bertemu rakyat Malaysia.

Malah dia ada memuatnaik satu post mengajak orang Malaysia meet up dia di Singapura, hari ini.

Sumber: Facebook

Dalam posting yang dikongsikan, Malaysia rupanya antara top 4 negara yang selalu tengok video-video dia. And dia happy pasal tu!

“So I know you guys follow, which makes me happy.

I want to invite you, if you’re interested, to a meetup I’m hosting in Singapore tomorrow. It’s open for everyone. It’s a fun picnic by the gardens. We’ll meet in person, talk about you, Nas Daily, and we’ll make a nice video together (you know how it is!!) and upload it to Facebook.”

Jadi, dia nak berjumpalah dengan orang Malaysia kat Singapore Botanical Gardens, untuk kenal lebih rapat. Ada ke nak yang pergi?

Baca: “Tolong jangan aniaya kami” – Dijanjikan Kerja Dan Hostel di Singapura, Lelaki Kecewa Ditipu ‘Kawan’ Sampai Berhabis RM700

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.