in

“Tak dapat bayang berapa kali arwah kena langgar” – Anggota APM Dilanggar Penganggur Tiada Lesen, Badan Diseret 50 Meter

Al Fatihah

Semenjak dua menjak ini terlalu banyak pula berlaku kemalangan yang mengerikan.

Terbaru semalam melibatkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut selepas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Proton Wira di Kilometer 36, Jalan Klang – Banting – Port Dickson jam 12.30 malam.

Menurut Kosmo, Nor Hezlina Nazrin yang berusia 19 tahun juga telah dilanggar dua lagi kenderaan selepas memasuki arah bertentangan.

159649601 1840390899471945 3205458154791141205 N

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR dalam perjalanan ke Morib dari Banting, Selangor.

Mangsa kemudian telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 19 tahun sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Proton Satria pula.

Akibat pelanggaran itu, remaja perempuan itu telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua buah lagi kereta dari arah bertentangan.

“Pemandu proton Wira kemudiannya dipercayai telah mengheret mangsa ke kanan sejauh kira-kira 50 meter,” katanya. Allahu… 

159613693 1840390872805281 8483936075737132982 N

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala 4 lagi pemandu kenderaan termasuklah pemandu yang melanggar mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil semakan juga mendapati pemandu kereta Proton Wira tersebut tidak mempunyai lesen pemandu dan juga seorang penganggur.

Sampel darah pemandu telah diambil pihak polis untuk dianalisis Jabatan Kimia dan pihak berkuasa juga telah merakam keterangan daripada semua saksi kemalangan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini isiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al fatihah buat mangsa. Semoga keluarganya bertabah dengan dugaan ini. 

Baca: Tinggal Tengkorak, Mangsa Kemalangan Akhirnya Ditemui Lepas Hilang Hampir 10 Bulan

Tengkorak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook