in

“Tak buat apa2 tiba2 trending” – Viral Isu Neelofa, Nama Fazura & Fattah Pula Trending di Twitter

Patah Lofa Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari ini, nama pengacara dan usahawan, Noor Neelofa menjadi sebutan netizen selepas dia didakwa melanggar SOP majlis perkahwinan dan isu merentas negeri yang telah disalahgunakan.


Malah semalam, Neelofa sekali lagi viral di Twitter gara-gara memuat naik gambar burger di IG stories, yang mana kebanyakan netizen menganggap ia sebagai suatu ‘sindiran’.

Image From Ios 1 1

Meskipun Neelofa sudah memohon maaf dan menjelaskan niatnya untuk membantu peniaga burger yang dikompaun RM50,000 oleh pihak polis, perkara tersebut tidak dapat mengubah pendirian netizen terhadap dirinya.

Image From Ios 1 2

 

“Mari kita viralkan Fazura” – Netizen 

Kecewa dengan tindakan Neelofa, warganet telah meluahkan perasaan mereka di media sosial.

Namun secara tak sengaja nama bekas kekasih Neelofa iaitu Fattah Amin dan isterinya, Fazura pula menjadi sebutan netizen hingga nama mereka berdua trending di Twitter.

Fatzura

Nah korang tengoklah sendiri, ramai yang komen nama Fazura secara tiba-tiba, malah ada tweet tu tak ada kena mengena dengan Fazura pun tapi sengaja mereka menyebut namanya untuk ‘trendingkan’ pelakon tersebut.

Nur Fazura

 

“Tolong carikan ‘queen’ kita lemang terbaik di Malaysia” 

Lebih menarik lagi, semalam pula kebetulan Fazura ada memuat naik tweet sedang mencari lemang dan ramai di antara netizen retweet posting tersebut serta berusaha mencarikan lemang terbaik buat pelakon tersebut pula. Kemain eh korang! 

Lemang

Apa-apapun diharapkan isu trending di Twitter ini tidak berpanjanganlah sehingga menyebabkan dua selebriti ini bergaduh pula nanti.

Bagi admin sama ada Fazura mahupun Neelofa, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Bulan Ramadan ni, sebaiknya kita bermaaf-maafan okay? 

Baca: “Saya menerima dengan hati terbuka” – Neelofa Mohon Maaf, Anggap Insiden Dikompaun Sebagai Pengajaran

Lofa10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.