in

“Jaga rumah tangga sendiri” – Netizen Tak Setuju Tya Arifin & Asyraf Khalid Ulas Isu Fattah & Fazura

Fattah Fazura Tya Arifin Asyraf Khalid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura masih menjadi tanda tanya ramai sehingga ke hari ini selepas pelakon wanita itu memfailkan cerai beberapa hari lepas.

Susulan itu, timbul pula dakwaan dan spekulasi punca di sebalik keretakan rumah tangga pasangan terbabit sehingga menjadi perbincangan hangat netizen di media sosial.


Sementara itu, pempengaruh dan usahawan, Tya Arifin serta suaminya Asyraf Khalid turut mengulas isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti terbabit dalam sebuah podcast yang dikendali mereka, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: “Mengikut kehendak mahkamah” – Pengurus Harap Hentikan Spekulasi Perceraian Fattah & Fazura

Artikel berkaitan: ‘Tiada wanita lain dalam hidup saya”- Fattah Amin Hanya Tahu Permohonan Cerai Fazura Melalui Media Sosial

Menerusi video dimuat naik itu, Asyraf memberitahu dia mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi dan membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.

Mengulas isu tersebut, Asyraf memberitahu punca sebenar yang berlaku itu hanyalah diketahui oleh Fattah dan Fazura sendiri, bukannya orang luar.

Screenshot 2024 09 19 140205

Katanya lagi, dia berpendapat dakwaan yang dikeluarkan oleh orang terdekat pasangan itu tidak sepatutnya diberitahu kepada umum dan diselesaikan antara mereka sahaja.

“Bila keluar berita daripada orang ketiga, orang keempat ni, saya rasa yang tu merosakkan situasi dan membuatkan Fattah Amin yang ada imej bagus tiba-tiba namanya tercemar.

“Kita tak tahu benda tu betul atau tidak. Bagi saya, kalau betul pun, benda tu tak patut keluar, kalau tak betul lagilah tak patut keluar,” ujar Asyraf.

Justeru, Asyraf berharap agar kedua-dua pasangan itu dapat berdamai semula dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

Netizen tak setuju ulas isu rumah tangga Fattah & Fazura

Bagaimanapun, ulasan tersebut mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada netizen, rata-ratanya berpendapat pasangan itu sepatutnya menjaga urusan rumah tangga sendiri berbanding membahas isu yang tiada kaitan dengan mereka.

Menurut netizen, ulasan sebegitu dilihat tidak sesuai walaupun sekadar membaca laporan dan memberi pendapat.

Screenshot 2024 09 19 135611

Screenshot 2024 09 19 135619

Screenshot 2024 09 19 135625

Screenshot 2024 09 19 135630

Difahamkan, hantaran sedutan video yang dimuat di Instagram Kata Kita Podcast telah pun dipadam namun anda masih boleh menonton video tersebut di YouTube.

Sumber: YouTube, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.