“Tak bagitau pun masuk GV” – Busana Baju Wann Ciplak Idea Baju Kahwin Hatta Dolmat?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Disebalik kemeriahan konsert Gegar Vaganza minggu ke empat semalam, terpalit satu isu yang menjadi buat mulut sesetengah pihak berkenaan dengan busana yang dipakai oleh Wann sewaktu menyanyikan lagu Engkau Laksana Bulan bersama Aris Ariwatan.

Baju ala klasik yang digayakan oleh Wann itu dikatakan telah diciplak daripada idea asal pereka terkenal Hatta Dolmat.

Idea asal busana ala Mahsuri itu direka sebagai pakaian pengantin buat majlis perkahwinan perunding fesyen Tymfatimah Ogos lepas.

 

Tym Fatimah tak bagitahu pun masuk GV” – Hatta Dolmat

Sumber : fash_observer

Bertanggungjawab dalam menggayakan pakaian buat salah seorang peserta Hady Mirza, Hatta terpanggil apabila terlihat hasil tangannya boleh dikatakan saling tak tumpah sewaktu Wann muncul di atas pentas.

Lantas Hatta Dolmat muat naik semula gambar rekaannya itu diiringi dengan kata-kata sinis yang seolah-olah ingin ditujukan kepada pereka baju Wann.

Sumber : hattadolmat_

Sungguhpun persamaan busana tersebut begitu ketara, Hatta Dolmat bersikap terbuka dan profesional terhadap isu ini dan tidak terlintas dalam fikirannya untuk wujudkan perang dingin dengan pereka busana Wann.

 

“Tak mau perang-perang, industri pusing-pusing situ jaa….Mungkin boleh tukar warna apa ke?”

 

Sumber : Instagram

Disamping itu, Tym Fatimah yang dipertanggungjawabkan untuk menggayakan Liza Hanim sebagai tetamu undangan dalam melakukan persembahan lagu Anggapanmu bersama Nur Fatima pada malam tersebut turut terkesan apabila melihatnya.

Untuk pengetahuan, baju kahwinnya itu merupakan hasil ideanya bersama Hatta Dolmat. Jadi, Tymfatimah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mah menjelaskan setiap perincian tentang rekaan tersebut.

 

Styling, warna, aksesori, sampai ke kasut dah hampir sama cuma tak ada Henna je” – Tymfatimah

Katanya idea itu bukanlah rekaan sendiri, sebaliknya ia merupakan “inspirasi” daripada lagenda Mahsuri tetapi diubah dan ditambah baik dengan versi tersendiri.

Jadi, kalau nak dikatakan pakaian itu “inspirasi”, dia sangkal dakwaan itu sebab…Baca penjelasan dia kat bawah ni.

Kenyataan ini dibuat berikutan dengan kecaman segelintir individu yang memperlekehkan Hatta Dolmat dengan menegaskan bahawa rekaan baju pengantin Tymfatimah itu sendiri diolah orang lain.

 

Baca : “Rindu gilerrr zaman Boboy!” – Selepas 12 Tahun Menyepi, Peminat Teruja Tengok Naqiu Dalam Gegar Vaganza

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?