in

“Tak ada satu pun gambar saya langgar SOP” – Caprice Tak Puas Hati Dikompaun Angkara Seorang ‘Influencer’ Buat Masalah

Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Caprice dan enam selebriti lain telah dikompaun oleh pihak polis selepas didapati melanggar SOP ketika menganjurkan majlis berbuka puasa.


Walaupun reda dan sanggup membanyar kompaun RM10,000 yang dikenakan ke atas syarikatnya Rindu Raudah Sdn Bhd, Caprice merasakan tidak adil untuk dirinya dikompaun hanya gara-gara seorang personaliti media sosial membuat masalah sehingga perkara ini tular.

“Tiada satu pun gambar saya langgar SOP”

Menurut mStar, Caprice mengatakan yang dia tak kisah dengan jumlah kompaun yang diterima namun ekoran ini reputasi syarikat dan dirinya telah tercalar.

Bagi saya daripada segi keadilan memang tak sepatutnya sebab tiada satu pun gambar saya langgar SOP, tapi nak buat macam mana saya sebagai penganjur.

“Hanya sebabkan seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain kena kompaun. Saya sebenarnya tak kisah dengan jumlah RM10,000 tapi reputasi syarikat dan diri saya dah tercalar.”

“Kerana dia ni habis semua kena.”

Sop 1

Caprice yang juga merupakan penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada 29 April lalu itu mengatakan gara-gara insiden ini, hubungan dia dan personaliti media itu keruh dan dah ‘putus kawan’ dengan wanita tersebut.

Sebelum ini saya selalu ingat orang jaga SOP, tak pasal-pasal hanya kerana dia ini seorang habis semua kena.

“Saya dengan dia memang kawan baik dan saya sendiri jemput dia sebab dia salah seorang sponsor. Tapi bila jadi viral sebab foto-foto yang dimuat naik, bila minta beri kerjasama dia buat bodoh sahaja.

Kalau dia mengaku salah, kami dan artis-artis lain pasti tidak akan kena kompaun macam ini.”

Tambah Caprice lagi, dia telah pun memfailkan saman terhadap individu tersebut kerana melanggar SOP majlis serta jatuhkan reputasi syarikatnya. Manakala wanita itu juga turut menghantar saman mengatakan Caprice menfitnahnya.

Sekarang kes mahkamah saya dengan dia masih lagi berjalan… Kita tunggu sahaja bila kes ini akan dibicarakan.”

Ah pulak…

 

Baca: Tak Ikut SOP, Caprice Dikompaun RM10k, 6 Selebriti Lain Dikompaun RM1.5k Seorang

Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.