in

Tak Ikut SOP, Caprice Dikompaun RM10k, 6 Selebriti Lain Dikompaun RM1.5k Seorang

Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah pun mengeluarkan kompaun sebanyak RM19,000 terhadap tujuh selebriti yang terlibat dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di Petaling Jaya pada April lalu.


Menurut Utusan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengatakan pada Isnin lepas, Pejabat Peguam Negara telah pun mengembalikan kertas siasatan dengan keputusan mengenakan kompaun.

Whatsapp Image 2021 05 02 At 16.32.51 E1619944527711

Daripada jumlah itu, sebanyak enam selebriti telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang manakala penganjur majlis, Caprice telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Zainal berkata, enam selebriti tersebut dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada dalam hotel semasa majlis berlangsung.

Seorang penyanyi Rap iaitu Ariz Ramli atau Caprice dari Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. dan selaku penganjur pula dikenakan RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung.”

Sebelum ini, pihak polis telah membuka siasatan pada awal Mei lalu selepas tular gambar berlaku pelanggaran SOP pada Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang dihadiri oleh beberapa selebriti ini.

Majlis yang diadakan pada 29 April lepas ini menunjukkan antara artis yang hadir adalah Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Namun tak dapat dipastikan siapa enam selebriti lain yang dikompaun selain Caprice.

 

Baca: Tular Gambar Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP, Caprice, Iman Troye, Mawar Rashid & Lain-lain Akan Dipanggil Polis

Screenshot 2021 06 23 At 1.20.49 Pm

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.