in

“Tak ada orang lain ke?” – Pemilik Kedai Dikecam Kerana Gunakan ‘Kak Long Viral’ Review Makanan

Kak Long Review Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu video viral seorang wanita yang telah ‘menyerang’ premis 7Eleven gara-gara anaknya dituduh mencuri di kedai tersebut.


Meskipun isu itu telah selesai selepas pihak 7Eleven sendiri menjelaskan bahawa tiada kecurian berlaku, netizen nampaknya masih lagi bercakap mengenai wanita tersebut yang digelar sebagai ‘Kak Long’.

 

Kak Long kini jadi influencer review makanan? 

Terbaru kali ini, nama Kak Long sekali lagi jadi sebutan apabila dia katanya telah dipanggil untuk buat ‘review’ makanan di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian pemilik restoran tersebut di TikTok @lesung.ppit, Kak Long dilihat sedang ‘review’ sebuah set makanan bersama anak.

@lesung.ppit

Kak long dh dtang kedai.. Everything ok ? chek out FB : lepak village cafe.. Ig : lepak_villagecafe. #kaklong #vairal #7e #7eleven #kaklongkosmetik

♬ original sound – M.Ridzuan – M.Ridzuan

 

“Habis lingkup kedai ni nanti” 

Walau bagaimanapun, tindakan pemilik kedai itu tidak disenangi netizen yang melabel Kak Long sebagai individu yang kurang sesuai dengan tugas sebagai ‘influencer’ atau reviewer makanan ini.

Malah ramai juga yang mengatakan pemilik kedai itu akan mengalami kerugian kerana menggunakan Kak Long.

Boikot Kedai

 

“Kak Long selalu datang kedai” 

Tidak cepat melatah dengan kata orang, pemilik kedai ini berkata, Kak Long merupakan pelanggan yang sering datang ke kedainya.

Meskipun apa yang dilakukannya salah, namun kita tak sepatutnya menghukumnya secara berterusan dan lebih baik mendoakan saja.

@lesung.ppit

Reply to @noorazilawatiabdrahman sikit2 boikot.. Mcd elok je kaya raya… #vairal #kaklong #kaklongkosmetik #tiktok #7eleven

♬ original sound – M.Ridzuan – M.Ridzuan

Video Lama

Tambahnya lagi, video tersebut juga sudah lama dirakam sebelum insiden itu berlaku dan dia juga sudah lama mengenali Kak Long.

Bagi admin, yang lepas tu lepas lah kan. Kita bagi peluang dekat Kak Long untuk berubah jadi lebih baik. 

Baca: Kak Long Menangis Mengaku Tak Pandai Didik Anak, Mahu Bawa Berubat Jumpa Ustaz

Berubah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.