in

“Tak ada jarak 1 meter pun” – Netizen Persoal Majlis Kahwin Anak Tiada Penjarakan Fizikal, Ini Respon DG Hisham…

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Ahad lepas (21 Mac 2021), anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Khairin Afiqah telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Hazim.


Perkahwinan tersebut telah diadakan di BoraOmbak Marina, Putrajaya dan pengacara TV terkenal, Fedtri Yahya juga telah dipangggil untuk mengacarakan majlis tersebut. Wah tahniah DG Hisham dah terima menantu ye! 

 

“Dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP?” 

Meskipun, Fedtri telah menjelaskan bahawa majlis perkahwinan anak Dr Noor Hisham ini dijalankan dalam suasana penuh SOP dan hanya 30% sahaja tetamu yang dibenarkan masuk ke dalam dewan tersebut, masih ada netizen yang menegur kononnya majlis itu tidak mengikuti SOP yang ditetapkan. 

Ia berikutan satu gambar di majlis tersebut yang tersebar di media sosial.

Exakunvu8Aain8

Menurut netizen, gambar tersebut menunjukkan Dr Noor Hisham sekeluarga mengambil gambar dalam jarak dekat dan tidak memakai sebarang pelitup muka.

Malah ada juga yang mengatakan, sebagai seorang Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukannya bergambar seperti di atas.

Unfair

 

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar” 

Setelah mengetahui isu tersebut mulai tular di media sosial, Dr Noor Hisham sendiri telah meninggalkan komen di tweet berkenaan dengan menjelaskan bahawa kesemua di dalam gambar tersebut merupakan ahli keluarganya dan tiada orang luar.

Malah mereka juga menanggalkan mask sekejap untuk bergambar seketika di atas pentas.

Zack

Pada masa yang sama, pengacara Fedtri Yahya juga tampil menjelaskan keadaan sebenar yang majlis tersebut adalah majlis yang sangat menjaga SOP. 90% tetamu yang hadir juga adalah ahli keluarga DG Hisham sendiri.

Fectri

Apa-apapun admin ucapkan Selamat Pengantin Baru buat anak DG Hisham. Rasanya dalam minggu ni pun memang ramai dah mula buat majlis kahwin kan… 

Baca: DG Hisham Terima Kecaman, Netizen Dakwa Ada ‘Double Standard’ Ketika Menegur

Ppp

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.