in

“Tahun ni takde shooting” – Haneesya Hanee Dedah Ibu Terpaksa Gadai Emas Untuk Tampung Keluarga

Haneesya 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, orang yang kita lihat sentiasa tersenyum sebenarnya sedang menyimpan beribu luka tanpa diketahui orang ramai.

Pelakon dan model tempatan, Haneesya Hanee mendedahkan dia sedang berhadapan masalah kewangan kerana tiada tawaran berlakon yang diterima pada tahun ini.


Haneesya tak dapat tawaran shooting

Bercerita tentang itu melalui satu sesi podcast oleh ‘Bukak Mulut!’, Haneesya gagal menahan sebak apabila menceritakan masalah yang dihadapi namun dia bersangka baik dan berasa cukup dengan rezeki yang diberikan Tuhan.

Artikel berkaitan: “Tangan menggeletar” – Haneesya Hanee Akui Takut Pegang Watak ‘Sally’ Dalam Drama ‘Aku Bukan Ustazah’

Artikel berkaitan: “Ini DAH FITNAH” – Haneesya Hanee Bersuara Isu 2 Tahun Lalu, Tegaskan Dia Tak Pergi Kelab Lepas Menang Dewi Remaja

Tahun ni takde shooting langsung, sekarang ni kewangan sikit ‘goyang’ tapi rezeki tu sentiasa ada. I pun tak tahu datang dari mana.

Ibunya turut berkorban menggadaikan barang kemas untuk menyara kehidupan keluarga membuatkan Haneesya rasa bersemangat untuk terus mencari kerja. Dia juga pernah mengganti semula barang kemas apabila ada rezeki lebih.

Adakala masa gelang mak i kena pergi gadai, rantai dia. Lepas kalau ada duit balik, I beli balik. Terkadang sampai dia marah, ‘Jangan jual, penat kerja bagi you melawa. Jangan jual.’

Tapi dia mak kan? Dia tak nak bebankan anak dia, dia jual juga. Tapi, bila dia jual, itu yang membakar semangat I untuk cari kerja dan beli balik (barang kemas).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

“I nak jadi sekuat dia”

Haneesya bagaimanapun mengakui dia bukanlah seorang wanita yang kuat selain menjadikan ibunya sebagai sumber kekuatan dalam hidup.

I nak jadi sekuat dia. Apa yang Ialui ni I rasa sikit je. I suka orang nampak I kuat, cuma keluarga I je tahu sebenarnya I tak kuat. Kalau boleh nak jadi kuat macam mak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada Haneesya untuk terus kuat menjalani ujian dalam hidup.

Haneesya 1 Haneesya 2 Haneesya 3

Moga Haneesya selalu kuat!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.