in

“Boleh naik 2 kilo!” – Netizen Teruja Banyak Gerai Makanan Di Setiap ‘Stop’ Larian Sultan Nazrin Shah

Lari 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Larian Sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang diadakan di Taiping baru-baru ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan rakyat kerana lebih sembilan ribu peserta menyertai larian tersebut.


Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok mengenai larian tersebut sehingga membuatkan ramai netizen teruja. Menurutnya, larian tersebut dikatakan amat susah kerana ada beberapa ‘gangguan’ sepanjang trek larian tersebut.

 

@azmirakmar

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2023 #sepuluhgeng #LHKSNS2023 #taiping #runner #fyp #larianharikeputeraansultannazrinshah #sportlover #runnerlovers #SembangEntertainment

♬ Keindahan Pantai – M. Shariff

Ada ‘gangguan’ sepanjang jalan

Pada mulanya larian tersebut dirasmikan oleh Baginda Sultan Perak pada jam 6.45 pagi. Azmir berkata, larian itu dikatakan susah kerana ada persembahan gendang tradisional masyarakat Cina yang dipersembahkan oleh beberapa orang individu di tepi jalan.

Tak sampai sekilo lari, jumpa geng-geng gendang Cina.. Mesti hangpa akan ambil gambaq punya.

Selain itu, terdapat juga kumpulan pancaragam sekolah yang turut mempersembahkan beberapa lagu di trek larian itu dan beberapa murid sekolah bermain kompang di kilometer terakhir acara itu.

Artikel berkaitan: “Malu nak lari depan orang” – Kisah Anak OKU Semangat Habiskan Larian Bikin Sebak

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bapa Tolak Anak Istimewa Dalam ‘Stroller’ Ketika Acara Larian Buat Netizen Sebak

Banyak makanan free dekat stop

‘Gangguan’ tersebut tidak berakhir di situ kerana ada stop yang menyediakan air mineral secara percuma dan kuih-muih seperti karipap, cucur badak dan lain-lain. Dalam kilometer ke-10, ramai peserta berhenti di stop air kelapa segar.

Ni trademark Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, kalau tak dak ayaq nyoq ni, orang ‘mengamuk!’

Tidak lama selepas itu, para peserta larian disambut dengan persembahan dan terdapat juga beberapa gerai makanan percuma yang mewah seperti pasembur, mi goreng, roti canai, kuih-muih dan air balang.

Akhirnya, para peserta menamatkan larian tersebut di sebuah padang sekitar Taiping. Mereka yang menyertai juga menerima medal dan beberapa cenderahati lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan kemeriahan larian tersebut kerana menyajikan pelbagai makanan percuma untuk para peserta.

Lari 1 Lari 2 Lari 3

Kalau min join ni.. tersandaq ja kat tepi jalan.. kenyang!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.