in

Syarikat Ini Reka Payung Khas Untuk Beg Galas Anda, Lepas Ni Dah Tak Basah Lagi!

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda mengalami situasi di mana beg galas anda basah ketika hari hujan sebab payung yang digunakan tak cukup besar untuk melindungi barang-barang penting dalam beg macam buku atau laptop?


Jika ya, payung khas yang dicipta oleh syarikat Thanko ini boleh menyelesaikan masalah anda! Menurut SoraNews24, payung khas ini yang dikenali sebagai Backpack Guard Umbrella sesuai digunakan oleh rakyat Jepun ketika musim hujan di negara itu.

Japan 2

Berbentuk seperti kubah dan mempunyai diameter sebesar 100 sentimeter, payung ini boleh melindungi beg galas anda ketika hari hujan. Ciptaan ini juga dikatakan mampu melindungi beg kita walaupun ketika hujan yang disertai dengan angin yang agak kencang.

Namun, pengguna perlu menyediakan ruang penyimpanan yang lebih besar berbanding payung biasa sebab bila ditutup, payung ini agak panjang. Dengar kata, payung ni agak besar sebab kalau dua orang nak guna dalam waktu yang sama pun boleh! 

Japan 3

Jangan risau, bahagian hadapan payung direka dengan plastik lut sinar so kita akan nampak jalan yang perlu dilalui. Jadi, korang tak akan terlanggar apa-apa kalau guna payung ni walaupun bahagian sekelilingnya yang lain berwarna hitam. 

Berguna jugak ciptaan ni kan, lepas ni kalau balik kerja atau sekolah ketika hujan, beg kita terjamin takkan basah. 

Sumber: SoraNews24, Thanko

Baca: Berus Gigi Jari & Seluar Napkin Antara 11 Ciptaan Pelik Tapi Berguna Di Jepun

Japan

Sumber: Thanko
Sumber: Thanko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.