in

Syarikat Ini Bagi Bonus RM1,000 Dekat Staff Yang Dah Ambil 2 Dos Suntikan Vaksin Covid-19, Tambah Lagi RM 1K Kalau…

Theedge E1628304809869

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat The Edge Media Group akan memberikan bonus sebanyak RM 1,000 kepada kakitangan mereka yang dah mendapatkan dos suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya.


Jika seluruh kakitangan dalam syarikat itu sudah mendapatkannya, tambahan RM 1,000 lagi akan diberikan kepada setiap pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Ho Kay Tat berkata, bonus vaksinasi ini sebagai sebahagian inisiatif untuk menyokong program vaksinasi negara dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

Syarikat ini melancarkan satu program yang dinamakan Get Vaccinated. Be Part Of The Solution, Not The Problem bertujuan untuk rakyat Malaysia mendapatkan vaksin, menurut sumber.

The Company Building S Cafeteria Is Called Kawan Kawan

Menurutnya, hasil tinjauan menunjukkan bahawa seramai 97% kakitangan telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan dan sudah 50% daripadanya telah mendapatkan dos yang pertama.

“Pada mulanya saya ingatkan ramai yang macam ragu-ragu tetapi apabila saya lihat ia mendapat sambutan, kami membuat keputusan untuk hadiahkan mereka bonus.”

“Kami mahukan semua kakitangan mendapat vaksin, jadi kami akan rasa selamat jika bekerja bersama di pejabat apabila dibenarkan beroperasi sepenuhnya nanti.” 

Kata Ho yang telah mengambil dos pertama AstraZeneca itu lagi, matlamat mereka juga adalah untuk memastikan bahawa pihak ketiga akan rasa selamat apabila bersua dengan pekerjanya.

Tambahnya lagi, seperti yang berlaku di UK dan AS, kaedah memberikan vaksin kepada orang ramai secepat mungkin adalah satu-satunya cara untuk menyingkirkan lockdown, untuk menjalani kehidupan yang normal seperti sediakala.

Office The Edge 20181218110238 Theedgemarkets 01

Kakitangan mereka juga dihantar untuk ujian PCR apabila diperlukan dan syarikat itu juga sedang berusaha untuk menyediakan alat ujian saringan DIY secepat mungkin.

Walaubagaimanapun, syarikat itu menyatakan bahawa vaksinasi masih merupakan perlindungan terbaik.

Ho berharap syarikat-syarikat lain akan mencari jalan untuk mendapatkan kakitangan mereka mengambil vaksin.

 

Baca : Kerajaan Sasar 60 Peratus Penduduk Terima Suntikan Vaksin Pada Akhir September Nanti – KJ

Kj 4

Sumber: Glassdoor
Sumber: The Edge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.