Pengorbanan seorang sukarelawan dalam mempertahankan keselamatan masyarakat dan alam sekitar bertukar tragedi, Nurdin yang juga dikenali sebagai Amang Udin 51, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang bertugas memadamkan kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di Kelurahan Handil Bakti, Kecamatan Alalak, Kabupaten Barito Kuala, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Kejadian yang berlaku semalam itu meninggalkan kesan duka yang mendalam serta air mata buat seluruh rakan sepasukan dan keluarga.
Artikel berkaitan: Dikecam Kerana Berada Di Singapura Ketika Jerebu, Gabenor Kalimantan Timur Rupanya...
Artikel berkaitan: Jerebu Makin Membimbangkan: PMX Hubungi Presiden Indonesia, TUDM Tingkatkan Pembenihan Awan
Menurut rakan sekerja sekaligus saksi kejadian, Kandar, mangsa sebelum itu sempat berhempas pulas bersama pasukan di lapangan. Di tengah-tengah operasi memadamkan api dengan tebalnya kabut asap yang menyelubungi kawasan tersebut, Bapak Nurdin mula mengadu rasa tidak sihat.
View on Threads
Arwah mengeluhkan sakit dada yang amat sangat serta mengalami sesak nafas akibat pencemaran asap yang tebal di lokasi kejadian.
“Mat, sakit benar dada aku…” ujar arwah sewaktu berehat di kawasan sekitar sebelum keadaannya kelihatan semakin membimbangkan.
Melihat keadaan arwah yang menahan kesakitan, rakan-rakannya bertindak pantas memberikan bantuan awal termasuk menyapu air dan memasangkan alat bantuan pernafasan oksigen mudah alih (portable) di lokasi.
Walau bagaimanapun, kerana keadaan kesakitan dada yang dirasai masih tidak surut dan semakin kritikal, keputusan segera dibuat untuk membawanya keluar dari kawasan tersebut menggunakan unit kenderaan perkhidmatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ketika dalam perjalanan, mereka bertembung dengan ambulans lalu segera memindahkan arwah bagi mendapatkan pemantauan perubatan yang lebih sempurna.
Ketika berada di dalam ambulans menuju ke hospital, arwah dilaporkan masih sedar dan memakai tiub oksigen bantuan. Namun, tidak lama selepas itu, keadaannya merosot secara mendadak sebelum disahkan tidak sedarkan diri.
Arwah kemudiannya dibawa terus ke hospital berdekatan, namun pihak petugas kesihatan mengesahkan bahawa Bapak Nurdin telah kembali ke rahmatullah.
