in

“Tak menghargai” – ‘Doorgift’ Majlis Resepsi BASS Dijual Harga RM350 Secara Atas Talian

Ft Majlis Resepsi Bass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada individu bertindak menjual doorgift yang diberi semasa majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah.

Dalam hantaran tersebut, kotak doorgift berkonsepkan rekaan vintaj dan mewah yang tertera gambar serta nama kedua-dua pengantin bertarikh 18 Oktober 2026 itu diletakkan pada harga RM350 di sebuah platform jual beli atas talian.


Artikel berkaitan : Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Artikel berkaitan : Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terkejut apabila melihat harga yang tertera RM 350 sedangkan ianya diperoleh secara percuma buat para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

858263612 17912129847512933 3413209480609758780 N 1

Bahkan ada juga yang menganggap bahawa tindakan itu sebagai agak biadap kerana tidak menghormati pengantin dan menggunakan kesempatan populariti pasangan tersebut. Bahkan ada juga yang anggap mungkin perkara itu hanyalah taktik scammer untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Screenshot 2026 10 22 132845

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.