in

Kerajaan Sasar 60 Peratus Penduduk Terima Suntikan Vaksin Pada Akhir September Nanti – KJ

Ft Vaccine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang September akan datang, kerajaan Malaysia menyasarkan sebanyak 60 peratus penduduk menerima suntikan vaksin.


Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin tersebut, kerajaan juga sedang giat meningkatkan penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Kj 1

Untuk rekod, setakat 19 Jun lepas, seramai 4.08 juta individu yang mewakili 12.5 peratus populasi di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dengan 1.58 juta sudah pun terima dua dos penuh.

Kerajaan yakin untuk menyuntik 11 juta dos pada Julai, 13 juta dos menjelang akhir Ogos dan tambahan lapan juta dos menjelang akhir September.”

Dengan ini, kerajaan menyasar untuk mendapatkan 60 peratus populasi divaksin menjelang akhir September ini.”

Vaksin 3

Menurut Berita Harian, kerajaan menubuhkan sejumlah PPV mega atau pusat vaksinasi supaya dapat meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menyasarkan seramai 1,000 doktor swasta untuk mula memberikan vaksin pada akhir Jun dan bulan depan ketika jumlah pusat vaksinasi dipertingkatkan.

Kerajaan akan turut membawa masuk pekerja kesihatan yang bersara, pelajar perubatan dan yang sedang dalam latihan, untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja kami.”

Sebagai tambahan, kami sekarang telah mengaktifkan unit mudah alih untuk memvaksinasi mereka yang mempunyai masalah mobiliti. Matlamat kami adalah untuk menjadi seinklusif yang boleh dalam usaha melaksanakan program vaksinasi ini.”

Baca: “Tohmahan tak berasas” – Kesatuan Eropah Tolak Dakwaan KJ Konon Mereka Bolot Vaksin COVID 19

Eu Nafi Bolot Vaksin Covid Michalis Rokas Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.