in

Suspek Serang Kamal Adli Dilanjutkan Tempoh Reman Seminggu Untuk ‘Check’ Mental

Ft Reman Suspek Kamal Adli Extend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Singapura telah melanjutkan tempoh tahanan ke atas lelaki yang menyerang pelakon Kamal Adli selama 7 hari lagi bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) di Singapura.

Memetik laporan Astro Awani, Hakim Daerah Terence Ray menyatakan bahawa lanjutan itu adalah permohonan daripada IMH atas tujuan untuk melengkapkan pemeriksaan.


“Saya membenarkan permohonan untuk anda direman selama seminggu lagi di IMH.”

Katanya lagi, sebutan kes seterusnya pada 4 April nanti. Untuk rekod, pada 14 Mac lalu, mahkamah telah menetapkan lelaki itu direman dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut berkenaan.

Screenshot 2023 03 28 163218

Suspek yang berusia 33 tahun itu menjawab ‘ya’ semasa ditanya sama ada dia mendengar keputusan itu. Dia telah didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.”

Jika sabit kesalahan, menyerang hingga menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Baca : “Suspected brain damage” – Kamal Adli Ditidurkan, Jalani Pembedahan Lepas Dipukul Di Singapura

Kamal Adli Pukul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.