in

“Suspected brain damage” – Kamal Adli Ditidurkan, Jalani Pembedahan Lepas Dipukul Di Singapura

Kamal Adli Pukul 1

Gempar semalam apabila pelakon terkenal tempatan Kamal Adli dipercayai telah diserang oleh seorang individu misteri ketika dia dan isterinya, Uqasha Senrose berada di Singapura.

Difahamkan, kedua-dua mereka menyertai sebuah acara jualan bagi Halal Food Expo 2023 dan Hari Raya Mega Sale yang diadakan di kota tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, Uqasha memberitahu, kejadian itu berlaku semasa mereka berdua melayan permintaan seorang wanita berkerusi roda yang mahu merakamkan gambar kenangan sekitar pukul 9 hingga 10 malam.

“Saya dan Kamal bergambar dengan mak cik itu. Tiba-tiba, datang seorang lelaki dan bertanya, Kamal mana? Kami fikir dia peminat.

Kamal kemudian tegur lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu keluarkan cota dari poket dan pukul belakang kepala Kamal berkali-kali.

Darah Kamal berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul tulang pipi. Lelaki itu kemudian pukul berkali-kali pada badan Kamal,” katanya.

Menerusi laman Instagram Uqasha, dia memberitahu suaminya itu terpaksa ditidurkan untuk pembedahan kerana terdapat koyak di bahagian kepalanya yang sangat dalam.

Malah, ada juga update daripada doktor yang merawatnya, mengatakan Kamal Adli mungkin berhadapan dengan brain damage yang menyebabkan dia pengsan dan kurang respon (weak sensation).

Ka2 Horz

Selain itu, Uqasha turut berkongsi individu berkenaan berkemungkinan sudah lama memperhatikan Kamal Adli malah pernah mengugut pelakon berkenaan menerusi WhatsApp.

Ka1 1

Setakat ini, Kamal Adli masih dirawat di Singapura dan pelakunya telah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan.

Sama-sama kita doakan Kamal Adli…

Baca: Polis Cari Lelaki Pukul Wanita Dengan Topi Keledar

F4 Lpw