in

Sungei Wang Plaza Tengah Down Sebab COVID 19, Netizen Terharu Lihat Malls Lain Datang Support Satu Sama Lain!

Malls Bergabung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita pernah melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama dan kita semua tahu betapa peritnya ekonomi ketika itu. Segala jenis perniagaan tidak dapat dibuka dan ramai di kalangan kita juga dibuang kerja serta tiada sumber pendapatan.


Kali ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula diadakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Meskipun sektor ekonomi dibenarkan beroperasi namun ia tetap terkesan juga terutamanya di pusat membeli belah kerana kes COVID 19 banyak berlaku di sana dan orang ramai juga sudah tidak berani lagi ke sana setelah kes COVID 19 mencanak naik.

Empty Mall Nu Sentral
Situasi nu sentral yang kosong selepas catat kes covid 19

 

Sungei Wang Plaza luah rasa sedih di Facebook 

Disebabkan situasi mall yang semakin kosong dan sepi tanpa pengunjung, Facebook Sungei Wang Plaza telah memuat naik satu posting menyatakan rasa sedih mereka dan berharap mall-mall di sekitar Lembah Klang yang lain bertabah dengan situasi tersebut. 

It has been a very difficult time, for each and everyone of us.Worry not, as we will rise again once all this…

Posted by Sungei Wang 金河广场 on Selasa, 13 Oktober 2020

 

Hashtag #DontGiveUpMalls tarik perhatian pusat beli belah lain

Dengan menggunakan hashtag #DontGiveUpMalls, posting tersebut berjaya menarik perhatian mall-mall lain di Facebook dan mereka juga membalas komen-komen membina di posting FB Sungei Wang Plaza tersebut.

Wah ini first time admin tengok mall-mall di Lembah Klang semua bersatu! Terharu….

Mall 1 Vert

Malah bukan pusat beli belah kat Klang Valley je beri kata-kata semangat, malls kat luar kawasan ni pun bagi kata-kata semangat juga. Ini termasuklah kedai yang ada kat dalam mall. Wah betul-betul bersatu korang semua ni! 

Bergabung

 

“Aku yang baca pun terharu…” 

Rata-rata netizen yang baca posting ini berasa terharu dengan semangat bersatu padu pusat membeli belah di Lembah Klang ni. Yelah sapa yang tak ‘sakit’ kan, bila bisnes tengah down. 

Terharu 1

Apa-apapun kita sama-samalah berdoa supaya wabak COVID 19 ni cepat berakhir. Meskipun terasa mustahil tapi admin yakin kita boleh lakukannya. Rindu zaman boleh lepak ramai-ramai di mall kan… 

Baca: “Terbaik!” – Pusat Beli Belah One Utama Taja ‘Swab Test’ RM1.5 Juta Kepada Lebih 6000 Pekerja

Iutama

Sumber: Coconuts KL
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.