in

Suku Tidung: Pengantin Baru TAK BOLEH Guna Tandas 3 Hari 3 Malam! Kenapa?

Feat Tidung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap suku kaum mempunyai adat, kepercayaan, amalan dan pantang larang tersendiri. Bagi yang pertama kali mendengar, mungkin rasa pelik dan tak sangka ianya wujud. Namun bagi suku kaum tersebut ia adalah sesuatu yang sudah biasa dan menjadi amalan sejak zaman nenek moyang.


Seperti pantang larang satu suku kaum yang dinamakan Tidung ini, mereka masih mengikut adat resam dalam perkahwinan dan mendapat perhatian sejak dulu lagi iaitu larangan menggunakan tandas selama 3 hari bagi pasangan pengantin baru.

Tidung6

 

Suku Tidung

Bagi anda yang pertama kali dengar tentang suku Tidung, mereka ini tinggal di tenggara Sabah iaitu sekitar Tawau dan Sebatik dan juga boleh didapati di beberapa tempat di Indonesia. Menurut sebuah dokumentari yang pernah ditayangkan di RTM, kebanyakan masyarakat pribumi Sabah ini tinggal di persisiran pantai timur dan tenggara negeri itu.

Mereka merupakan etnik beragama Islam dan majoriti hidup sebagai nelayan. Sehingga hari ini suku Tidung masih mengikut serta mengamalkan tradisi dan budaya mereka dalam kehidupan seharian.

Tidung5

 

Adat perkahwinan suku Tidung

Perkahwinan suku kaum Tidung juga masih mengikut tradisi lama dan berikut adalah antara adat yang dikekalkan sehingga sekarang:

  • bakal pengantin tidak boleh berjumpa pasangan beberapa bulan sebelum perkahwinan berlangsung
  • pengantin perempuan dilayan oleh 7 orang gadis yang menjaga makan minumnya
  • makanan dijaga dan disukat. Hanya makan di dalam mangkuk, tidak boleh makan pedas
  • pengantin perempuan tidak boleh keluar rumah, tidak boleh kena angin, tidak boleh pijak tanah
  • pengantin perempuan perlu mandi bunga
  • pengantin perempuan dan lelaki perlu melumur muka serta anggota badan lain dengan beras yang ditumbuk untuk membuang bau badan serta melembutkan kulit
  • pengantin lelaki tidak boleh keluar dari rumah pada malam sebelum majlis pernikahan bagi mengelak daripada gugup pada hari akad nikah

Tidung4

Suku kaum ini juga gemar memilih jodoh dalam kalangan kaum setempat dan sama seperti masyarakat Melayu amalkan, bakal ibu mertua yang akan sarung cincin ke jari manis bakal pengantin perempuan.

Ketika majlis merisik atau pertunangan, cermin muka dan pisau adalah barangan hantaran yang perlu ada sebagai simbolik keperluan seorang wanita yang perlu pandai memasak dan menjaga kecantikan diri.

 

Larangan ke tandas buat pengantin baru

Antara adat suku Tidung yang mendapat perhatian adalah larangan penggunaan tandas untuk pengantin baru selama 3 hari berturut-turut selepas tamat majlis perkahwinan.

Ini kerana mereka percaya ia dapat menjauhkan daripada perceraian, kecurangan dan kematian anak pada usia yang muda. Ketika dalam tempoh ini, mereka hanya diberikan makan dan minum dalam kuantiti yang sikit bagi mengurangkan keperluan menggunakan tandas.

Selain itu, ahli keluarga lain juga dikatakan akan memerhati tingkah laku pasangan pengantin baru bagi memastikan peraturan tidak dilanggar oleh mereka.

Tidung7

Bukan itu saja, sebaik saja dinikahkan pengantin lelaki tidak dibenarkan memijak tanah dan akan duduk atas bahu lelaki lain dan diangkat sambil diiringi paluan kompang menuju ke tempat persandingan di mana pengantin perempuan menunggu.

Sebaik sampai, keluarga pengantin perempuan akan menyambut menantu mereka dengan menabur beras kunyit dan diberikan segelas air. Pengantin perempuan pula akan dikawal oleh 7 orang gadis. Acara ini diberi nama ‘buka-buka’ di mana pengantin lelaki perlu memberi upah atau dipanggil membayar tol kepada mereka.

Tidung2

Tidung3

Difahamkan, beberapa adat yang disebut di atas tidak lagi perlu diamalkan pada zaman sekarang namun suatu ketika dahulu ia merupakan satu kemestian. Untuk tahu lebih lanjut, boleh tonton video di bawah:

 

Baca: Suku Apatani: Kisah Sedih Wanita Sanggup ‘Hodohkan’ Muka, Nak Elak Jadi Mangsa Nafsu Lelaki

Feat3 6

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Blog
Sumber: Tana Tidung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.