in

Suka Tengok Money Heist? Ini 10 Rompakan Paling Berjaya Dalam Sejarah!

Fi Heist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ramai dah tengok siri Money Heist yang gempak gila tu kan? Kalau dah tengok, confirmlah korang tahu jalan cerita dia tu tentang plan rompakan secara besar-besaran betul tak?

Tapi tak dinafikan cerita tu memang gempak habis lah sampai ditunggu-tunggu setiap musim!


Bercerita tentang kes rompakan besar-besaran, ini 10 kes lebih kurang sama dengan cerita Money Heist yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah.

Banco Central Burglary

Pada 6 Ogos 2005, sebuah cawangan bank yang terletak di Brazil telah kerugian sebanyak $70 juta dari peti besi dalam bank itu. Mereka yang menyamar sebagai ‘landscapers’ ini telah menghabiskan masa selama tiga bulan menggali terowong sedalam 256 kaki ke kedudukan di bawah bank.

Foxdfbzxeamo 2A

Rompakan Brinks’-MAT

Rompakan kali ini berlaku pada 26 November 1983 di Heathrow International Trading Estate, London. Dalam rompakan ini, jongkong emas, berlian, dan wang tunai bernilai £26 juta telah dirompak dari sebuah gudang. Sebahagian besar daripada ahli kumpulan perompak itu telah pun disabitkan kesalahan. Namun, hasil rompakan tidak dapat ditemui sehingga kini.

Foxdi5Hxoaq6Ifa

Rompakan Depot Securitas

Rompakan ini dikatakan satu rompakan besar yang pernah berlaku di Tonbridge, Kent, England. Ia dilaporkan bermula dengan satu penculikan pada petang 21 Februari 2006 dan berakhir pada awal pagi keesokan harinya apabila penjenayah meninggalkan kawasan kejadian. Rompakan ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak £53 juta!

Foxdnknwyae4Tqp

Rompakan di Northern Bank

Rompakan sebanyak £26.5 juta ($41 juta) ini dilakukan oleh sebuah geng yang menyamar sebagai pegawai untuk bekerja di bank itu. Pekerja bank tersebut lalu diberitahu untuk membenarkan perompak-perompak masuk pada penghujung waktu perniagaan. Sehingga ke hari ini kes ini masih belum dapat diselesaikan.

Foxd5Agxwayzpvd

Rompakan di Central Bank of Iraq

Rompakan ini diarahkan secara langsung oleh Saddam Hussein sendiri beberapa hari sebelum diserang Amerika. Sebuah nota yang ditandatangani oleh Hussein di mana dia telah mengarahkan sebanyak $920 juta dikeluarkan oleh pihak bank dan diberikan kepada anaknya Qusay. Namun, hanya $650 juta yang ditemui.

Foxfzxsxoaiixaf

Rompakan British Bank of The Middle East

Dalam kekecohan perang saudara di Lubnan, satu kes rompakan yang kumpulan perompaknya dikaitkan dengan Pembebasan Palestin telah meletupkan dinding bank melalui sebuah gereja yang terletak bersebelahan dengan bank itu. Dilaporkan juga perompak yang terlibat telah melarikan diri dengan emas dan wang tunai yang bernilai sebanyak $50 juta.

Foxfegox0Aelbhj

Rompakan The Knightsbridge Vault

Rompakan yang berlaku di London ini telah menyebabkan kerugian sebanyak £62 juta ($97 juta)! Ia diketuai oleh seorang lelaki yang memiliki rekod jenayah bernama Valerio Viccei. Sebagai rekod, dia dilaporkan telah terlibat dalam lebih 50 rompakan bank yang berbeza sepanjang hayatnya.

Foxgfuywyaq9Lkd

Rompakan Bank Dar Es Salaam 

Bank yang terletak di kota Baghdad ini telah mengalami kerugian sebanyak $282 juta. Menteri Dalam Negeri Iraq telah mendedahkan bahawa rompakan itu telah dirancang sepenuhnya oleh dua orang pengawal yang bekerja di bank itu. Pun begitu, rompakan itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militar yang menjelajah wilayah tersebut pada sekitar tahun 2007.

Foxgirxxeaqbo F

Rompakan The Great Train

Sebuah kereta api dari Glasgow menuju ke London ini telah mengalami kerugian sebanyak £2.6 juta. Rompakan melibatkan sekumpulan perompak yang terdiri daripada 15 orang telah menipu isyarat tepi landasan untuk menghentikan kereta api di sebuah lokasi terpencil, di mana barang rampasan telah dicuri.

Foxgmqdxiaijl3L

Rompakan Dunbar Armored

Rompakan ini telah melibatkan seorang pemeriksa keselamatan serantau Dunbar sebagai dalangnya. Dia telah merekrut lima rakan zaman kecilnya untuk menyerang hendap pengawal di kawasan peti simpanan wang tunai yang dilaporkan penuh dengan wang. Dikatakan sehingga ke hari ini, lebih separuh daripada wang tersebut masih tidak dapat dikenal pasti.

Foxgb8Owuai Taq 1

Gempak kan semua kes ni? Tapi korang jangan try pula!

Sumber: Twitter

Baca: Dah Rindu Money Heist? Try Layan 7 Siri ‘Suspens’ Ni Pulak

Baca Heist

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.