in

Bawa Anak Berjumpa Pakar Psikiatri Kerana Belum Kahwin, Tiba-tiba Mak Pula Disahkan Sakit Mental!

F2 Ibu Paksa Anak Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali raya, mesti ramai antara kita yang masih bujang akan ditanyakan soalan ‘Bila nak kahwin?’ atau ‘Dah ada calon ke belum?’ kan sampai kadang-kadang tu tak tahu dah nak jawab apa.


Nampaknya soalan bila nak kahwin ini juga sering dialami oleh golongan bujang di China sehingga ibu kepada seorang lelaki di Henan, China ini telah membawa anak lelakinya itu berjumpa dengan pakar psikiatri kerana masih belum berkahwin hingga kini.

Namun, menurut Daily Express, apabila wanita tersebut membawa anaknya itu berjumpa psikiatri, dia pula yang disahkan sakit mental oleh doktor kerana sering memaksa anaknya yang dikenali sebagai Wang itu berkahwin.

1 1 1

Difahamkan, setiap kali Tahun Baru Lunar, wanita tersebut akan membawa anaknya yang berusia 38 tahun berjumpa pakar psikiatri kerana dia percaya anaknya itu mempunyai masalah sebab masih bujang.

Walau bagaimanapun, doktor tidak menemui sebarang masalah dengan Wang, sebaliknya doktor itu mendiagnos bahawa ibu kepada Wang itu mengalami masalah mental yang dikenali sebagai ‘sindrom paksa anak kahwin’.

Namun, tak dapat nak dipastikan bahawa jika wanita itu benar-benar mengalami masalah mental atau doktor tu sengaja mahu bergurau kerana wanita itu terlalu kerap memaksa anaknya berkahwin.

2

Menurut Wang, dia tidak pernah membawa mana-mana gadis bertemu dengan ibunya ketika perayaan tahun baru kerana dia seorang yang sangat sibuk dan masih belum berkesempatan bertemu dengan wanita yang tepat.

Selain itu, Wang juga mengatakan yang dia belum berjaya mengumpul wang untuk membeli rumah sendiri di Beijing. Dia turut percaya bahawa tiada wanita yang mahukannya.

Dia turut mengatakan ibunya tidak boleh tidur malam kerana risaukan dirinya yang masih bujang, jadi dia hanya mengikut sahaja permintaan ibunya untuk berjumpa doktor setiap tahun sejak 2020 kerana mahu menenteramkan perasaan ibunya.

Ramai warganet di China mengatakan mereka memahami situasi yang dialami oleh Wang kerana ibu bapa mereka juga memaksa mereka untuk berkahwin apabila memasuki usia 30-an.

Sumber: Daily Express, Harian Metro

Baca: [VIDEO] Pengantin Kecewa, Majlis Kahwin Musnah Gara-gara ‘Wedding Planner’ Datang Jam 1 Petang

Wedding Planner Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.