in

Suka Filem Perang? Ini ‘Movie’ Perang Dunia Ke-2 Ikut Kronologi (1939 – 1945) Korang Patut Tonton!

Pagea

Setiap orang mesti ada preference masing-masing bila menonton filem. Boleh jadi ada yang minat filem superhero, ada yang suka genre seram atau thriller.

Kalau korang minat tonton filem perang, kat sini Min nak senaraikan movie perang dunia ke-2 yang korang boleh layan mengikut tahun kejadian itu berlaku, seawal tahun 1939 hingga 1945.

Dalam list ni, Min akan senaraikan filem-filem ini secara kronologi (1939 – 1945), bukan mengikut tahun filem itu dikeluarkan. So korang boleh tahu lah kesan perang dunia ke-2 ni di seluruh dunia.

1. The Pianists (2002)

Mengisahkan seorang pemain piano di Poland, ketika negara itu dijajah Jerman pada tahun 1939. Filem ini memberi gambaran situasi di Poland pada awal peperangan.

2. Dunkirk (2017)

Filem ini menunjukkan situasi di awal perang dunia ke-2, di mana tentera British dan Perancis berundur ke Britain dari pantai Dunkirk, bertempat di Perancis.

3. Sink the Bismarck! (1960)

Filem ini melihatkan kehebatan Royal Navy mencari dan menenggelamkan kapal perang Jerman, Bismack pada tahun 1941.

4. Battle of Britain (1969)

Berkisarkan Tentera Udara Diraja British bertarung menentang Luftwaffe sambil cuba mensabotaj rancangan Adolf Hitler yang cuba menyerang Great Britain.

5. Das Boot (1981)

Kisah sebuah kapal selam Jerman di Mediterranean dan Atlantik sekitar tahun 1940, dalam era Perang Atantik.

6. The Eagle Has Landed (1976)

Mengisahkan seorang pegawai Nazi, Max Radl yang merangka rancangan untuk menculik atau membunuh Perdana Menteri Britain.

7. Tora Tora Tora (1970)

Filem ini menunjukkan secara terperinci rancangan serta strategi angkatan laut Jepun menyerang Pearl Harbor pada 1941.

8. Schindler’s List (1993)

Mengisahkan seorang industrialis Jerman dan ahli parti Nazi yang cuba menyelamatkan pekerjanya yang berbangsa Yahudi selepas menyaksikan penganiayaan terhadap mereka di Poland.

9. Jacob the Liar (1999)

Mengisahkan Jacob yang menipu untuk mengukuhkan harapan rakyat untuk terus hidup, di mana dia dapat menyembunyikan seorang gadis Yahudi yang lari dari kem pemusnahan Nazi.

10. The Desert Fox (1951)

Sebuah filem biografi mengisahkan Field Marshal terkenal Jerman, Erwin Rommel dalam peperangan di Afrika Utara pada tahun 1941 hingga 1942.

11. Tobruk (1967)

Mengisahkan sekumpulan tentera bersekutu dan Afrika Korps Jerman yang berpaling tadah dan membuat sabotaj di Tobruk, Libya sekitar tahun 1942.

12. Memphis Belle (1990)

Mengisahkan sebuah pesawat pengebom, B-17 yang mendapati sasarannya merupakan sebuah bandar yang sangat dipertahankan bermula tahun 1942 hingga 1943.

13. Sahara (1995)

Mengisahkan sebuah platun antarabangsa, diketuai oleh komander kereta kebal Amerika Sgt. Joe Gunn, melawan Nazi dalam Perang Dunia II Afrika pada tahun 1942.

14. Enemy at the Gates (2001)

Mengisahkan seorang penembak tepat Rusia terkenal, Vasily Zaitsev dalam usahanya memerangi tentera Jerman yang menggempur bandar Stalingrad pada awal 1942.

15. Stalingrad (1993)

Filem berkisarkan tentera Jerman yang beralih daripada kemenangan kepada mod bertahan apabila tentera mereka mengalami kekalahan besar pertama dalam perang dunia ke-2.

16. Three Came Home (1950)

Mengisahkan Agnes yang terpisah dengan keluarganya apabila tentera Jepun memasuki kawasan Borneo pada tahun 1942.

17. The Big Red One (1980)

Kisah sekumpulan tentera Amerika mendarat dalam operasi “Torch” pada tahun 1942 di Afrika Utara, kemudiannya masuk ke Itali dan Perancis untuk memburu pihak Jerman.

18. Battle of Coral Sea (1959)

Filem ini memberi gambaran kepada kisah pertempuran laut terbesar pertama dalam peperangan Pasifik antara Amerika dan Jepun pada tahun 1942.

19. Leftenan Adnan (2000)

Mengisahkan keberanian Leftenan Adnan menyertai Rejimen Melayu dalam Angkatan Kolonial British dan memimpin perajurit menentang askar Jepun semasa perang dunia ke-2 meletus.

20. Sarjan Hasan (1958)

Dibintangi Tan Sri P. Ramlee, filem ini menunjukkan situasi ketika pencerobohan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu semasa perang dunia ke-2.

21. Bataan (1943)

Mengisahkan askar Amerika dalam pertahanan terakhir mereka ketika Jepun menyerang Filipina pada tahun 1942.

22. MacArthur (1977)

Filem ini menceritakan kisah jeneral terkenal Amerika, MacArthur dalam usahanya mempertahankan Filipina hingga kisahnya di akhir perang sekitar 1942 ke 1945.

23. Battle of Midway (1976)

Filem ini menggambarkan pertempuran besar yang berlaku pada tahun 1942 yang menyaksikan kekalahan teruk angkatan laut Jepun.

24. The Battle of River Neretva (1969)

Ketika perang dunia ke-2, rakyat Yugoslavia berjuang bermati-matian untuk kebebasan mereka menentang Chetnik tempatan, serta ancaman dari tentera Itali dan Jerman.

25. The Great Escape (1963)

Filem ini mengisahkan sekumpulan besar askar bersekutu yang cuba melarikan diri di kem penjara yang dikatakan kebal, bertempat di Stalag, Jerman pada tahun 1942.

26. The Bridge of River Kwai (1957)

Mengisahkan Kolonel Nicholson yang menerima cadangan komander kem Saito untuk mendapatkan tawanan perang dunia ke-2 untuk membina jambatan kereta api sekitar tahun 1943.

27. Windtalkers (2002)

Filem ini melihatkan tentera laut Amerika menggunakan bahasa kod Red Indian untuk berkomunikasi dalam seranga penaklukan di kepulauan Pasifik pada tahun 1943.

28. Cross of Iron (1977)

Filem ini menampilkan kelemahan tentera Jerman yang semakin lemah sekitar tahun 1943, di mana mereka akhirnya berundur selepas diasak hebat oleh tentera merah.

29. The Tuskegee Airmen (1995)

Mengisahkan Hannibal Lee mengatasi isu perkauman untuk menjadi kumpulan tentera udara Amerika terkenal ketika perang dunia ke-2.

30. 633 Squadron (1964)

Filem ini menceritakan kehebatan British Squadron menggunakan pesawat kayu 2 kipas terlaju di dunia untuk menyerang pangkalan Jerman di Norway sekitar tahun 1944.

31. Mosquito Squadron (1969)

Mempunyai latar masa yang lebih kurang seperti 633 Squadron, filem ini menampilkan tentera British Squadron yang menggunakan pesawat Mosquito untuk menyerang kompleks penyelidikan tentera Jerman.

32. The Guns of Navarone (1961)

Mengisahkan sekumpulan askar Yunani elit yang diberi tugas mustahil untuk mengeluarkan meriam Jerman yang berkuasa di pulau Aegean dengan bantuan pejuang gerila pada 1944.

33. D-Day The Sixth of June (1956)

Mengisahkan pendaratan D-Day di pantai Normandy, Perancis oleh tentera bersekutu sekitar tahun 1944, di mana seorang leftenan kolonel mengingati semula babak romantisnya bersama seorang wanita yang ditemuinya ketika menyembuhkan diri akibat kecederaan perang.

34. The Longest Day (1962)

Sama seperti D-Day The Sixth of June, filem ini berkisarkan tentera bersekutu dan tentera Amerika merancang untuk mendarat secara ceroboh di Normandy apabila diberi kebenaran oleh Jeneral Eisenhower.

35. Saving Private Ryan (1998)

Juga berlatarkan pencerobohan Normandy, Kapten John Miller ditugaskan untuk mencari Prebet James Ryan, di mana tiga adik beradiknya telah terkorban dalam peperangan itu.

36. A Bridge Too Far (1977)

Mengisahkan tentera bersekutu yang merangka rancangan untuk memenangi perang dunia ke-2 di Arnhem. Konflik berlaku apabila kawasan itu, termasuklah jambatan utama Jerman, dipenuhi serangan berperisai.

37. Battle of the Bulge (1965)

Masih berlatarkan tahun 1944, filem ini menunjukkan pencerobohan tentera bersekutu ke atas Jerman dan dilihat melalui sudut pandangan pegawai perisikan Amerika, juga dari Komander Panzer Jerman.

38. The Bridge of Remagen (1969)

Filem ini berkisar tentang Jambatan Ludendorff di Remagen, laluan terakhir yang tinggal merentasi Rhine ke Jerman semasa hari-hari terakhir peperangan pada tahun 1945.

39. Downfall / Der Untergang (2004)

Ini merupakan filem yang menunjukkan penghujung hayat Hitler dan isterinya Eva Braun serta pengikut setia mereka di sebuah bunker di Berlin.

Peperangan mungkin bukanlah perkara yang patut dibanggakan oleh sesebuah pihak, tapi agak menarik untuk kita lihat cerita sebenar di sebalik kejadian yang pernah menggegarkan satu dunia dulu.

Haa… banyak dah Min senaraikan ni. Korang tinggal nak layan je nanti okay?

Sumber: Facebook

Baca: 6 Filem Seram 2022 Ini Bakal Buat Korang Menjerit Di Pawagam!

16 1