in

6 Filem Seram 2022 Ini Bakal Buat Korang Menjerit Di Pawagam!

Fi Horror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di kala seluruh rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan norma baharu Covid-19 ini, panggung wayang juga tidak terkecuali, turut mengenakan SOP bagi para penonton yang akan datang ke pawagam. Jadi, korang masih boleh ke panggung wayang untuk layan movie baru favourite korang nanti okay?



So, ada beberapa filem seram akan keluar tahun 2022 ini yang wajib untuk semua peminat filem seram tengok. Dekat sini min ada list kan 6 filem seram tahun ini yang confirm boleh buat korang campak popcorn orang dalam panggung nanti! 

Scream (14 Januari)

Filem yang menyaksikan pembunuh misteri yang baru dengan memakai topeng Ghostface, sekali lagi menjadikan sekumpulan remaja sebagai targetnya. Ia merupakan sekuel terus kepada “Scream 2” tahun 2011, yang dibintangi oleh Neve Campbell, David Arquette dan Courteney Cox serta ramai pendatang baru termasuk Melissa Barrera, Mason Gooding, Jenna Ortega dan Jack Quaid. Namun, ia akan menjadi siri pertama yang tidak diterajui oleh Wes Craven, yang telah meninggal dunia pada tahun 2015. Filem kali ini diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett dengan lakon layar oleh James Vanderbilt dan Guy Busick.

Fresh (20 Januari)

Filem yang merupakan debut bagi pengarah Mimi Cave ini dikatakan membuat tayangan perdana di Festival Filem Sundace. Meskipun thriller bagi filem ini terhad, tetapi logline filem ini berbunyi, “Kengerian temu janji moden dilihat melalui pertarungan sengit seorang wanita muda untuk bertahan daripada selera luar biasa teman lelaki barunya”. Barisan pelakon yang bakal ada dalam filem ini termasuk Sebastian Stan, Daisy Edgar-Jones, Jonica T. Gibbs, Charlotte Le Bon, Dayo Okeniyi, Andrea Bang dan Brett Dier. Ia ditulis oleh Lauryn Kahn dan diterbitkan oleh Adam McKay, Kevin J. Messick dan Maeve Cullinane.

Fresh 1

Peminat filem genre horror/thriller siapa je tak pernah tengok filem Orphan pada tahun 2009 dulu kan? Filem yang berkisahkan tentang pembunuh berusia 33 tahun yang menyamar sebagai kanak-kanak berusia 9 tahun ini tentunya telah berjaya menakutkan ramai orang. Tahun ini, ia datang lagi sebagai prekuel “Esther” yang dimainkan oleh Isabelle Fuhrman, melarikan diri daripada rumah sakit jiwa dan menyamar sebagai anak perempuan keluarga kaya yang hilang. Dibintangi oleh Julia Stiles, Rossif Sutherland dan Hiro Kanagawa. Filem ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para peminat yang pernah menonton dulu!

Filem yang diarahkan oleh David Blue Garcia dan ditulis oleh Chris Thomas Devlin, filem ini turut dibintangi oleh Mark Burnham, Moe Dunford, Olwen Fouéré, Alice Krige dan Jessica Allain. Ia mengisahkan Melody (Sarah Yarkin), kakaknya Lila (Elise Fisher) dan rakan mereka Dante (Jacob Latimore) & Ruth (Nell Hudson) yang membina perniagaan baharu di sebuah bandar terpencil Harlow, Texas tetapi kemudiannya dihantui oleh pelawat yang tak diingini di rumah seorang pembunuh bersiri Leatherface.

The Black Phone (24 Jun)

Filem ini bukanlah karya Ethan Hawke yang pertama, tapi ia mungkin akan jadi yang paling menarik. Filem seram ini diarahkan oleh Scott Derrickson (Sinister) dan diterbitkan oleh Jason Blum (Insidious & The Purge). Ia mengisahkan tentang seorang pembunuh bersiri yang menculik kanak-kanak di sebuah pinggir bandar Colorado. Ketika diculik oleh ‘The Grabber’, dia mendengar suara mangsa-mangsa yang lepas membantunya melarikan diri. Filem ini berdasarkan cerpen Joe Hill dengan tajuk yang sama, The Black Phone. Turut membintangi filem ini, Madeleine McGraw, Jeremy Davies dan James Ransone.

Salem’s Lot (9 September)

Pada 1979, novel klasik karya penulis terkenal Stephen King ini pernah menghasilkan minisiri TV sebanyak dua episod. Tahun ini, ia akhirnya diadaptasi menjadi filem yang diarahkan oleh Gary Dauberman dan dihasilkan oleh James Wan. Ia mengisahkan tentang Ben Mears (Lewis Pullman), seorang penulis yang pulang ke kampung halamannya untuk menemui kuasa misteri yang boleh mengubah penduduk kampung menjadi pontianak. Dia yang boleh melarikan diri sebaliknya membentuk pakatan untuk melawan serangan pontianak itu serta menyelamatkan bandar. Ia dibintangi oleh Mackenzie Leigh, Bill Camp, Spencer Treat Clark dan Alfre Woodard.

3389

So korang dah ready ke belum nak menjerit dalam wayang?

Baca: Dari Black Panther Ke Avatar, Ini 10 Filem Yang Paling Dinantikan Tahun 2022

Baca Horror

Sumber: imdb.com
Sumber: Goodreads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.