in

“Sudah tiba di pejabat jam 5.48 pagi tapi…” – Aishah Sinclair Terkejut Terima Berita Kematian Abang Ketika Baru Mula Tugas Di Konti

Family Aishah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang mengenali arwah Ashraf Sinclair, pastinya korang juga mengenali adiknya, Aishah Sinclair yang juga terkenal sebagai pelakon dan kini penyampai radio Mix FM.



Menurut Harian Metro, penyampai radio tersebut yang berusia 39 tahun sudah pun tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugasnya sebelum menerima berita kematian Ashraf di Jakarta, Indonesia. 

Aishah
sumber: instagram

 

Terus bergegas pulang dan ambil flight ke Jakarta

Aishah yang mengendali program Mix Breakfast yang bermula pada jam 6 hingga 10 pagi terus bergegas pulang ke rumah sebaik mendapat berita tersebut.

Perkara ini dikongsikan rakan penyampainya, Rod dan Prem di program berkenaan awal pagi tadi.

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.

Aishah yang terkejut dengan berita itu pulang ke rumah sebelum mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya. 

Ashraf Sinclair merupakan abang kepada Aishah dan Adam Sinclair yang juga suami kepada penyanyi antarabangsa, Yuna.

Harap keluarga arwah bertabah dengan pemergian yang menyedihkan ini. Al Fatihah. 

Baca: “Beruntung u Ash, pergi dalam tidur” – Selebriti Malaysia Banjiri Post Terakhir Ashraf Sinclair Dengan Ucapan & Doa

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.