in

Suami Tikam Isteri dan Kawan Lesbian Sebab Duduk Serumah & Panggil ‘Sayang’

tikam isteri

Kecewa dan marah dengan perangai isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh ibu kepada anaknya itu. Kejadian berlaku dua hari lepas di Banjar Pumahan, Desa Alasangker, Buleleng, Indonesia.

Menurut Tribun, Ni Luh Yudiani, 24, keluar dari rumah dan meninggalkan anak, keluarga serta suaminya, Gede Suartama, 29, sejak 75 hari sebelum hari kejadian.

Gede juga sering menghubungi isterinya dan Yudiani memberitahu yang dia berada dekat kampung halaman di Karangasem. Walhal sebenarnya dia dan keluarga tahu isterinya itu mempunyai hubungan sejenis dengan kawan bernama Ni Kadek Ciriadi, 37 tahun.

gede
Sumber: Tribun

Ketika Yudiani keluar dari rumah, Gede sudah dapat agak yang isteri dia nak pergi ke rumah kawan lesbian dia tu. Malah, Gede sendiri kenal dengan Ciriadi. Pada 8 Mei lepas, Gede ternampak Ciriadi tengah berniaga di sebuah pasar dan terus mengekori wanita tu ke rumah untuk mengintip jika benar isteri dia ada dekat sana.

Gede kemudian mengintip dari depan pintu rumah yang terletak dekat Banjar Tegehe dan ternampak isterinya yang hanya memakai tuala. Tiba-tiba dia terdengar suara isterinya bercakap dengan kawan lesbian tu.

Sayang baru datang.”

Panas telinga mendengar ungkapan sayang keluar dari mulut isteri dia, Gede terus tak tentu arah. Dia kemudian terus mengetuk pintu dengan kuat. Sebaik saja Ciriadi buka pintu, Gede terus menikam wanita tu menggunakan pisau beberapa kali sampai dia rebah. Yudiani cuba untuk meleraikan tetapi dia juga terkena amukan suaminya.

Yudiani diserang di bahagian muka dan turut rebah dengan keadaan cedera parah. Jiran tetangga yang mendengar kekecohan tu terus datang serbu rumah Ciriadi. Disebabkan taknak menimbulkan banyak lagi masalah, Gede terus menyerah diri dan minta orang ramai bawa dia ke balai polis.

Kedua-dua wanita itu kini dalam keadaan kritikal dan pihak polis masih belum meneruskan siasatan kerana tak dapat nak ambil keterangan mangsa. Disebabkan itu, Gede kini dibebaskan tetapi dalam pemerhatian pihak polis.

Agaknya dah lama sabar dengan isteri dia kot? Tapi kenapa dia ada pisau? Maknanya dia memang ada niat ke macam mana?

Baca: “Saya nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang!” – Isteri Tenat Sakit Kanser, Suami Seronok Curang Dengan Adik Ipar Sendiri

hopeless love